Keadaan tidak biasa apabila Lebuhraya KESAS kelihatan seolah-olah dipenuhi salji mengundang perhatian pengguna jalan raya, malah beberapa rakaman mengenainya turut tular di media sosial.
Namun, buih putih yang memenuhi sebahagian lebuh raya itu sebenarnya berpunca daripada sisa sabun yang tumpah beberapa hari lalu.
Baca juga: Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dihimpit Dua Lori, Selepas Sebuah Kereta Brek Mengejut Di Lampu Isyarat
LEBUHRAYA KESAS ‘BERSALJI’ RUPANYA AKIBAT BUIH SABUN
Kemunculan buih berkenaan dikesan di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, sisa sabun tersebut dipercayai berasal daripada tumpahan sebuah lori pada 24 Ogos lalu.
Menurutnya, tumpahan berlaku di susur Kota Kemuning sebelum memasuki Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.
“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.
“Bagaimanapun, hujan lebat hari ini (petang semalam) menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Baca juga: 7 Lapisan Pembedahan Czer Jadi Inspirasi Gaun Couture, Miss World Uganda Curi Perhatian Di Pentas!

Tangkap layar dari video Threads @rtnasrie_01
Susulan kejadian itu, pihak konsesi lebuh raya mengambil tindakan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk kali kedua.
Kerja pembersihan tersebut dilaporkan selesai pada jam 4.58 petang.
Sebelum itu, beberapa video yang memaparkan keadaan Lebuhraya KESAS dipenuhi buih putih tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Apa yang pada awalnya kelihatan seperti fenomena pelik itu akhirnya terjawab apabila pihak berkuasa menjelaskan buih berkenaan mempunyai kaitan dengan sisa sabun daripada tumpahan lori yang berlaku lebih seminggu sebelum kejadian.
Lihat di Threads
Baca juga: Tular Video Budak Keluar Kepala Melalui Sunroof Kereta, Ramai Baru Tahu Ia Berbahaya!
Sumber: Berita Harian
FT Image: Threads @rtnasrie_01

