Euforia Bola 2026
40 Minggu

Disangka Bangkai Haiwan, Anjing Seret Jasad Bayi Baru Lahir Ada 9 T*kaman & Tubuh Tak Sempurna

bayi baru lahir

Penemuan jasad bayi yang diseret seekor anjing pada mulanya disangka bangkai haiwan, namun pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan menggemparkan. Siasatan polis kemudian mendapati bayi baru lahir itu dipercayai menjadi mangsa perbuatan jenayah.

Jasad bayi lelaki berkenaan ditemukan pada malam 29 Ogos selepas seekor anjing peliharaan penduduk membawa sesuatu.

Baca juga: Air Ketuban Pecah Terpaksa Guna Lorong Kecemasan Di DASH, Wanita Dalam ‘Contraction’ Mohon Maaf

BAYI BARU LAHIR DITIKAM 9 KALI, TUBUH TIDAK SEMPURNA

bayi baru lahir

Gambar Usep Hadi Wihan (Beritasatu.com): Penduduk Dusun Sukaluyu, Desa Ungkal, Kecamatan Conggeang, Kabupaten Sumedang, Jawa Barat, digegarkan dengan penemuan mayat bayi lelaki pada malam Sabtu lalu.

Pemeriksaan awal mendapati jasad berkenaan mengalami kecederaan dan beberapa bahagian tubuh tidak ditemukan. Keadaan itu pada mulanya menyebabkan polis menyiasat kemungkinan kecederaan berpunca daripada gigitan anjing.

Bagaimanapun, siasatan mengambil arah berbeza selepas polis berjaya mengenal pasti ibu kandung bayi tersebut, seorang wanita berusia 19 tahun yang dikenali sebagai ER.

Suspek ditahan pada 31 Ogos lalu dan dipercayai mengaku melahirkan bayi berkenaan selepas hamil di luar nikah. Dia juga mendakwa bertindak dalam keadaan panik selepas melahirkan anak itu.

Baca juga: Baru 5 Hari Lahir…Bayi Positif 2 Jenis D*dah, Ibu Dakwa Ambil Ubat Penenang!

Siasatan bongkar sembilan kesan tikaman

Hasil pemeriksaan forensik kemudian menemukan sembilan kesan tikaman pada tubuh bayi berkenaan. Lima daripadanya berada di bahagian belakang, manakala empat lagi pada bahagian hadapan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sumedang, Tanwin, berkata siasatan mendapati bayi itu masih hidup ketika dilahirkan.

Polis turut mengesahkan bahagian tubuh yang hilang bukan disebabkan gigitan anjing seperti yang disangka pada peringkat awal. Sebaliknya, ia dipercayai dipisahkan menggunakan objek tajam.

Suspek kemudian dipercayai menanam jasad bayi itu di kawasan kosong berhampiran rumah sebelum jasad berkenaan digali dan diseret anjing peliharaan penduduk sehingga membawa kepada penemuan kes tersebut.

bayi baru lahir

Gambar Dwiky Maulana Velayati (DetikJabar): Lakonan semula kes penemuan bayi tak sempurna fizikal di Sumedang.

32 babak lakonan semula dilaksanakan

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian, polis turut menjalankan lakonan semula melibatkan 32 babak di lokasi pada Selasa.

Siasatan turut membawa kepada seorang lelaki dari Tasikmalaya yang dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek. Keterangannya sedang dirakam bagi membantu polis melengkapkan siasatan.

Beberapa barang kes turut dirampas, termasuk kain, selimut, beg kain dan peralatan yang dipercayai digunakan ketika menanam jasad bayi berkenaan.

Kes itu berlaku di Dusun Sukaluyu, Desa Ungkal, Conggeang, Sumedang, Jawa Barat. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan, manakala polis masih mencari bahagian tubuh mangsa yang belum ditemukan serta menyiasat kemungkinan penglibatan pihak lain.

Baca juga: Cemas! Belum Sempat Masuk Hospital, Wanita Bersalin Atas Motosikal.. Tali Pusat Masih Bersambung!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Usep Hadi Wihan (Beritasatu.com)Foe Peace Simbolon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×