Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, rakyat Malaysia boleh menikmati lebih 70 saluran Unifi TV secara percuma selama sebulan, bermula 31 Ogos hingga 30 September 2026.
Menariknya, tawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, sama ada pelanggan Unifi atau bukan pelanggan Unifi, malah pelanggan telco lain juga boleh mendaftar untuk menikmati pelbagai kandungan premium tanpa perlu membayar.
Dari filem hingga sukan, ada banyak pilihan untuk ditonton
Dengan lebih 70 saluran yang dibuka secara percuma sepanjang tempoh promosi, Unifi TV menawarkan pilihan hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Antara saluran premium yang boleh ditonton termasuk HBO, TVN Movies, DEGUP, beIN SPORTS dan banyak lagi.

Lebih menarik, beberapa judul yang boleh dinantikan sepanjang tempoh percuma ini termasuk:
- Bisikan Pontianak – DEGUP
- Lanterns – HBO
- 78th Primetime Emmy Awards – HITS NOW (Live)
- MotoGP San Marino Grand Prix – SPOTV (Live)
- Formula 1 Pirelli Gran Premio D’Italia 2026 – beIN SPORTS (Live)
- Cinta Dalam Sekam – Sensasi
- The Shadow’s Edge – Celestial Movies
- Gangubai Kathiawadi – ZEE Cinema
Jadi, sama ada anda suka filem, drama, rancangan hiburan atau sukan, semuanya boleh dinikmati dalam satu platform.
Tak perlu jadi pelanggan Unifi pun, semua orang boleh tonton
Salah satu perkara yang menjadikan tawaran ini lebih menarik ialah akses percuma tersebut terbuka kepada semua pelanggan telco, bukan terhad kepada pelanggan Unifi sahaja.
Malah, pengguna tidak perlu terikat dengan kontrak atau menyediakan kad kredit untuk menikmati tempoh percubaan ini.
Untuk mula menonton, pengguna hanya perlu mendaftar akaun Unifi TV secara percuma menggunakan alamat e-mel.
Bagi pelanggan Unifi TV Pack sedia ada pula, mereka boleh terus log masuk menggunakan Unifi TV ID seperti example@iptv.
Nak tonton dekat mana-mana pun boleh
Tak semestinya perlu berebut remote TV di ruang tamu. Unifi TV boleh ditonton pada pelbagai peranti termasuk telefon, tablet dan smart TV.
Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Unifi TV 2.0 atau mengakses laman web Unifi TV untuk mula menonton.
Cara menikmati tempoh percuma Unifi TV:
- Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 pada smart TV, telefon atau tablet, atau layari laman web Unifi TV.
- Daftar akaun Unifi TV percuma menggunakan alamat e-mel.
- Jika sudah melanggan Unifi TV Pack, log masuk menggunakan Unifi TV ID.
- Mula menikmati lebih 70 saluran secara percuma dari 31 Ogos hingga 30 September 2026.
Tunggu apa lagi? Jom nikmati pelbagai hiburan percuma di Unifi TV!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai pilihan hiburan premium secara percuma sepanjang Bulan Kebangsaan ini. Dengan lebih 70 saluran untuk dipilih, memang ada sesuatu untuk dinikmati oleh setiap ahli keluarga.
Tempoh percuma ini hanya berlangsung dari 31 Ogos hingga 30 September 2026, jadi pastikan korang manfaatkan peluang ini sebelum ia berakhir.
Selepas tempoh promosi berakhir, pengguna masih boleh menikmati 22 saluran percuma di Unifi TV bermula 1 Oktober 2026.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
