Euforia Bola 2026
gaya hidup

5 Aktiviti Senaman Ringan Bantu Ibu Kekal Cergas & Langsing

Menjadi seorang ibu memerlukan banyak tenaga. Urusan rumah, kerja dan keluarga kadangkala membuatkan kita lupa tentang kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Namun, tahukah anda kita sebenarnya tidak perlu melakukan senaman berat untuk kekal aktif? Aktiviti ringan yang dilakukan secara konsisten juga boleh membantu meningkatkan kecergasan dan menyokong pengurusan berat badan.

Lebih menarik, beberapa rutin mudah ini boleh dilakukan di rumah dengan bantuan peralatan sukan yang ringkas. Jadi, tidak perlu tunggu ada masa untuk ke gim.

1. Brisk walking dengan ‘walking pad’

Senaman Ringan

Bagi ibu yang baru mahu mula bersenam, brisk walking antara aktiviti paling mudah untuk dicuba. Anda hanya perlu berjalan pada kadar yang lebih pantas daripada biasa.

Penggunaan walking pad membolehkan anda melakukan aktiviti ini di dalam rumah tanpa perlu risau tentang cuaca. Mulakan dengan 15 hingga 20 minit sehari, sebelum menambah tempoh berjalan secara berperingkat.

Anda juga boleh menetapkan kelajuan mengikut tahap kecergasan sendiri. Paling penting, pilih kadar yang membuatkan badan aktif tetapi masih selesa.

2. ‘Kettlebell workout’

Kettlebell sesuai untuk ibu yang mahu memasukkan latihan kekuatan dalam rutin harian. Bentuknya yang mempunyai pemegang juga memudahkan beberapa jenis pergerakan.

Antara latihan asas yang boleh dicuba ialah squat, deadlift dan kettlebell swing. Gunakan beban ringan terlebih dahulu sehingga anda sudah biasa dengan pergerakannya.

Latihan ini dapat menggerakkan beberapa kumpulan otot dalam satu sesi. Ia sangat sesuai diamalkan oleh anda yang mahukan rutin ringkas untuk kekal cergas.

3. Senaman menggunakan resistance band

Senaman Ringan

Resistance band tidak mengambil banyak ruang dan mudah disimpan selepas digunakan. Peralatan ini juga mempunyai tahap rintangan yang berbeza untuk disesuaikan dengan kemampuan anda.

Ia boleh digunakan untuk latihan bahagian kaki, tangan, bahu dan pinggul. Anda hanya perlu melakukan beberapa pergerakan asas dengan perlahan dan terkawal.

Bagi yang baru bermula, pilih rintangan yang lebih ringan. Selepas badan semakin biasa, anda boleh meningkatkan tahap latihan secara beransur-ansur.

4. Step-Up menggunakan stepper

Senaman Ringan

Tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menggunakan treadmill atau walking pad? Stepper adalah pilihan yang lebih kompak.

Pergerakannya hampir seperti menaiki tangga. Anda hanya perlu melakukan gerakan naik turun secara berulang pada kadar yang selesa.

Aktiviti ini boleh membantu mengaktifkan otot bahagian bawah badan sambil meningkatkan degupan jantung. Mulakan dengan sesi pendek dan berehat jika mula berasa terlalu penat.

Pastikan stepper diletakkan di atas permukaan yang rata dan stabil. Bagi anda yang pertama kali nak cuba senaman ringan ini, pastikan anda boleh berpaut pada sesuatu untuk menyokong pergerakan tubuh.

5. Yoga

Senaman Ringan

Kredit: Hello Doktor

Jika anda lebih gemarkan aktiviti yang tenang, apa kata cuba yoga. Tidak memerlukan bajet dan ruang yang besar, anda hanya memerlukan yoga mat untuk mula melakukan senaman ringan ini.

Beberapa posisi asas boleh membantu meningkatkan fleksibiliti, keseimbangan dan pergerakan badan. Yoga juga sesuai dijadikan aktiviti regangan selepas melakukan senaman lain.

Tidak perlu melakukan sesi yang panjang. Luangkan sekitar 10 hingga 20 minit dan pilih pergerakan yang sesuai dengan tahap kemampuan anda.

Pilih aktiviti yang sesuai dengan rutin harian

Kesibukan sebagai ibu bukan alasan untuk mengabaikan kecergasan diri. Anda boleh mulakan dengan satu aktiviti yang paling mudah dan selesa dilakukan di rumah.

Tidak perlu memaksa diri melakukan semuanya dalam satu hari. Cuba bahagikan rutin mengikut masa lapang supaya lebih mudah diamalkan secara konsisten.

Paling penting, dengar kemampuan badan sendiri. Jika anda sudah lama tidak bersenam atau mempunyai keadaan kesihatan tertentu, dapatkan nasihat doktor atau profesional kesihatan sebelum memulakan rutin baharu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×