Tarikh pelaksanaan SPM 2026 kini telah diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dengan peperiksaan bakal berlangsung dari 26 Oktober hingga 17 Disember 2026. Seramai 420,879 calon akan menduduki peperiksaan berkenaan di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.
TARIKH PELAKSANAAN SPM 2026 DIUMUMKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, peperiksaan SPM tahun ini akan melibatkan sebanyak 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Berdasarkan maklumat KPM, peperiksaan SPM 2026 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 hingga 29 Oktober 2026.
Calon kemudiannya akan menduduki Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November 2026. Sementara itu, Ujian Amali Sains pula akan berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 16 hingga 18 November 2026.
Bagi peperiksaan bertulis SPM 2026, ia akan bermula pada 23 November dan berakhir pada 17 Disember 2026.
Selain ujian bertutur dan peperiksaan bertulis, calon SPM 2026 turut perlu menduduki Ujian Mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ujian Mendengar Bahasa Melayu dijadualkan berlangsung pada 30 November 2026, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 1 Disember 2026.
Bagaimanapun, KPM memaklumkan bahawa jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam masa terdekat.
Seramai 420,879 calon bakal duduki SPM 2026

Dengan jumlah pendaftaran seramai 420,879 calon, peperiksaan SPM 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jenis ujian dan mata pelajaran yang ditetapkan.
KPM turut memaklumkan bahawa pihaknya komited memastikan peperiksaan SPM Tahun 2026 dapat dijalankan dengan lancar dan teratur di semua pusat peperiksaan yang terlibat.
Justeru, calon dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada KPM dan Lembaga Peperiksaan bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang pengumuman berkaitan jadual serta pelaksanaan peperiksaan.
Tarikh penting SPM 2026
26 – 29 Oktober 2026: Ujian Bertutur Bahasa Melayu
2 – 5 November 2026: Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
16 – 18 November 2026: Ujian Amali Sains
23 November – 17 Disember 2026: Peperiksaan Bertulis
30 November 2026: Ujian Mendengar Bahasa Melayu
1 Disember 2026: Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
Baca juga: Tular Video Pakcik Tua Ditolak Sampai Jatuh Sebab Usap Kepala Budak, Polis Siasat Lelaki 40 Tahun
Sumber: Redzuan Manap
