Euforia Bola 2026
Didik

Anak Jual Pemadam Di Sekolah Satu RM0.10, RM1 Dapat 3… Warganet Kagum Tengok Teknik Berniaga Sejak Kecil

jual pemadam

Seorang ibu mencuri perhatian di Threads selepas berkongsi kisah anaknya yang jual pemadam kepada rakan-rakan di sekolah untuk mendapatkan wang.

Menerusi perkongsian oleh pengguna Threads, janatunmaqwa, anaknya dilihat menjual pemadam dengan harga 10 sen seunit atau RM1 untuk tiga biji.

Baca juga: Misteri Tengah Malam Dengar Bunyi Ketukan Pintu, Penduduk Alor Setar & Langgar Mula Risau…

ANAK JUAL PEMADAM DI SEKOLAH, RM1 DAPAT 3

JUAL PEMADAM

Menariknya, strategi tersebut mendapat sambutan apabila ramai rakan sekolah memilih untuk membeli pemadam yang ditawarkan secara pakej.

“Dia jual pemadam dekat sekolah. Satu 10 sen, RM1 dapat tiga. Kawan-kawan banyak beli RM1,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan cara kanak-kanak berkenaan menetapkan harga jualan.

Seorang pengguna menyifatkan strategi itu sebagai teknik jualan yang bijak kerana mengambil kira cara kanak-kanak membawa wang ke sekolah.

Menurutnya, kebanyakan murid pada masa kini mungkin lebih banyak membawa wang kertas berbanding syiling, sekali gus menjadikan tawaran RM1 untuk tiga pemadam lebih mudah diterima.

Situasi tersebut secara tidak langsung menunjukkan kanak-kanak berkenaan sudah mampu memahami asas penetapan harga dan tingkah laku pelanggan pada usia muda.

Warganet kongsi pengalaman berniaga ketika kecil

JUAL PEMADAM

Perkongsian itu turut membuatkan ramai pengguna media sosial teringat pengalaman mereka menjual barangan kepada rakan ketika zaman persekolahan.

Seorang wanita berkongsi pernah menjual pelekat yang dibeli secara pukal. Walaupun satu keping berharga sekitar RM1 ketika dibeli, dia kemudian menjualnya pada harga 10 sen dan tidak menyangka mendapat sambutan.

“Tak sangka tiba-tiba ada duit banyak,” katanya.

Seorang lagi pengguna pula mengimbau pengalaman menjual gula-gula berbentuk hantu yang biasanya diperoleh ketika majlis kenduri.

Menurutnya, ketika berada di Tahun Satu, gula-gula tersebut dijual pada harga 10 sen dan hasil jualan membolehkannya membeli makanan di kantin sekolah.

Perkongsian berkenaan menunjukkan pengalaman berniaga kecil-kecilan ketika zaman kanak-kanak bukan sahaja boleh memberikan pendapatan, malah menjadi ruang untuk mereka belajar tentang harga, pelanggan dan cara mengurus wang.

Baca juga: Tular Video Pakcik Tua Ditolak Sampai Jatuh Sebab Usap Kepala Budak, Polis Siasat Lelaki 40 Tahun

Sumber: Threads Janatun Maqwa Jemali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×