Euforia Bola 2026
Famili

Tular Panggilan Radio, Wanita Luah Geram Rakan Office Selalu EL Alasan Anak Sakit… Pekerja Bujang Jadi Mangsa!

RAKAN SEKERJA

Tular di media sosial satu panggilan telefon ke rancangan radio Hot FM apabila seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan sekerja yang didakwa kerap mengambil cuti kecemasan (EL) atas alasan anak sakit.

Menurut wanita berkenaan, situasi itu menyebabkan pekerja lain, khususnya yang masih bujang, terpaksa mengambil alih tugas dan kerja yang ditinggalkan rakan sekerja terbabit.

Baca juga: Dr Imelda Kongsi Cara Betul Cuci Kemaluan Bayi Perempuan Ketika Tukar Lampin, Jangan Terbalik ‘Step’

RAKAN SEKERJA KERAP EL GUNA ALASAN ANAK SAKIT

RAKAN SEKERJA

Kredit: Magnific

Isu tersebut kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang memahami keadaan wanita itu, namun pada masa sama mengingatkan bahawa pekerja yang mempunyai anak juga berdepan tanggungjawab dan cabaran tersendiri.

Dalam rakaman panggilan yang tular, wanita berkenaan dikatakan mempertikaikan keadaan apabila pekerja yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kerap mengambil cuti kerana perlu menguruskan anak yang sakit.

Dia turut menyuarakan rasa terbeban apabila pekerja bujang perlu mengambil alih tugas rakan sekerja yang tidak hadir bekerja. Perbualan itu kemudiannya menarik perhatian penyampai radio apabila pandangan wanita tersebut menerima reaksi daripada mereka.

Malah, seorang pengguna media sosial mengakui turut berasa geram ketika mendengar panggilan tersebut.

“Untuk caller Hot FM tu, if you read this, don’t worry. Ada orang yang faham situasi you. I tak nak komen lebih sebab I belum diberi rezeki dan ujian ada anak.

“Tapi I faham situasi bila mana kena cover kerja partner yang setiap minggu EL 2-3 hari. I pernah berada di situasi kena cover kerja orang. I memahami sangat situasi ni, dan I tak pernah berkira nak cover kerja dia… until dia ambil kesempatan.

“Bila cuti dah habis, dia request WFH, tapi call susah jawab, text susah reply,” luahnya.

Menurut pengguna berkenaan, masalah bukan terletak pada seseorang itu mempunyai anak atau perlu mengambil EL, sebaliknya apabila keadaan tersebut mula memberi kesan kepada rakan sekerja yang terpaksa menanggung beban kerja secara berulang.

RAKAN SEKERJA

Kredit: Gemini AI

Penyampai radio turut beri reaksi

Satu lagi komen yang tular pula menceritakan reaksi penyampai Hot FM ketika mendengar luahan wanita berkenaan.

Menurut pengguna tersebut, penyampai radio dilihat kurang bersetuju apabila wanita itu menyatakan bahawa pekerja bujang juga mempunyai urusan dan komitmen sendiri.

Malah, apabila seorang penyampai memberitahu bahawa suatu hari nanti wanita itu mungkin berkahwin dan mempunyai anak, wanita berkenaan dikatakan menjawab bahawa dia mampu menguruskan semuanya sendiri.

Perbualan itu dipercayai menyebabkan beberapa penyampai memberikan reaksi tegas, manakala seorang lagi cuba menenangkan keadaan.

Isu tersebut membuka perbincangan mengenai cabaran yang sering berlaku di tempat kerja apabila pekerja mempunyai tanggungjawab keluarga yang berbeza.

Bagi ibu atau bapa yang mempunyai anak, anak sakit atau perlu mendapatkan rawatan sememangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang. Ada keadaan yang memerlukan mereka meninggalkan kerja pada saat-saat akhir.

Namun, pekerja bujang juga mempunyai hak untuk berasa penat sekiranya mereka berulang kali perlu mengambil alih tugas rakan sekerja yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Baca juga: Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Disyaki Didera Nenek Tiri, Polis Dedah PUNCA Kematian

Sumber: Threads & HotFM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×