Euforia Bola 2026
Cantik

Tidak Potong Rambut Sejak 2015, Wanita Ini Raih Rekod Dunia Dengan Rambut Sepanjang 2.69 Meter!

rambut terpanjang

Seorang wanita warga India berjaya mencipta rekod baharu apabila diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records) selepas rambutnya yang tidak pernah dipotong sejak tahun 2015 diukur sepanjang 2.69 meter, sekali gus menjadikannya wanita hidup dengan rambut terpanjang di dunia.

Baca juga: Permohonan Ke IKSN Kini Dibuka Untuk Lepasan SPM..Asrama, Makan & Elaun Bulanan Disediakan!

RAMBUT TERPANJANG DI DUNIA, WANITA INDIA RAIH REKOD GUINNESS

rambut terpanjang

Foto: Instagram @fabricblogger_entertainment

Menurut laporan United Press International (UPI), wanita tersebut, Renu Dhariyal, merupakan seorang pencipta kandungan yang aktif berkongsi petua penjagaan rambut dan kecantikan menerusi saluran YouTubenya.

Renu berkata, dia mula membiarkan rambutnya tumbuh secara berterusan sejak tahun 2015 tanpa pernah memotongnya.

Menurutnya, keputusan itu bukan dibuat secara kebetulan, sebaliknya dipengaruhi oleh budaya di India yang menganggap rambut panjang sebagai lambang keanggunan, kewanitaan dan warisan tradisi yang perlu dihargai.

Saya membiarkan rambut saya tumbuh secara berterusan sejak 2015. Dalam budaya India, rambut panjang dianggap sebagai lambang keanggunan dan tradisi yang sangat tinggi dan itulah yang mengilhamkan saya untuk membiarkannya tumbuh sepanjang ini,” katanya kepada Guinness World Records.

Dengan ukuran rasmi 2.69 meter, Renu berjaya memintas rekod yang sebelum ini dipegang oleh Aliia Nasyrova dari Ukraine, yang mempunyai rambut sepanjang 2.57 meter.

Ambil Masa Berjam-Jam Untuk Menguruskan Rambut

rambut terpanjang

Foto: Instagram @fabricblogger_entertainment

Walaupun memiliki rambut yang sangat panjang menjadi kebanggaan, Renu mengakui penjagaannya memerlukan komitmen yang tinggi.

Katanya, setiap kali mencuci dan merapikan rambut, dia perlu meluangkan masa selama beberapa jam kerana rambutnya mudah kusut dan memerlukan perhatian yang teliti.

Ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menguruskan rambut panjang. Saya menghabiskan masa berjam-jam untuk membasuh dan merapikan rambut saya yang kusut,” katanya.

Menurut Renu, rutin penjagaan rambutnya juga berbeza berbanding kebanyakan orang kerana dia lebih memilih bahan-bahan semula jadi.

Guna Syampu Dan Minyak Rambut Buatan Sendiri

Renu mendedahkan rahsia rambutnya yang sihat dan panjang adalah dengan mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia.

Sebaliknya, dia menghasilkan sendiri minyak rambut dan syampu menggunakan ramuan semula jadi, selain berkongsi cara penyediaannya menerusi kandungan di saluran YouTubenya.

Katanya, penggunaan bahan semula jadi secara konsisten membantu mengekalkan kesihatan rambut walaupun panjangnya kini mencecah hampir tiga meter.

Rekod Sepanjang Zaman Masih Milik Wanita China

Walaupun kini memegang gelaran wanita hidup dengan rambut terpanjang di dunia, rekod rambut wanita terpanjang dalam sejarah masih belum berjaya dipecahkan.

Rekod tersebut masih dipegang oleh Xie Qiuping dari China, yang memiliki rambut sepanjang 5.63 meter, direkodkan pada tahun 2004.

Baca juga: “Viral La Pakcik Merok*k!”- Ibu Menyusu Bayi Dalam MRT Dikecam, Dr Imelda Tampil Bidas & Pertahankan

Sumber: Harian Metro 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×