Cuti sekolah semakin hampir dan inilah masa yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tak semestinya perlu bercuti jauh, staycation di hotel, resort atau lokasi menarik berdekatan pun sudah cukup untuk mencipta momen istimewa.
Namun, satu perkara yang sering dipandang remeh ialah persiapan sebelum bertolak. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, ada beberapa barang yang sebenarnya boleh membuatkan percutian jadi jauh lebih selesa.
Kalau anda sedang merancang staycation bersama keluarga atau si kecil, pastikan lima barang ini sudah ada dalam beg!
1. Portable fan

Sama ada sedang menunggu waktu daftar masuk hotel, bersiar-siar di kawasan resort atau berjalan di taman tema, cuaca panas boleh membuatkan badan cepat berpeluh dan rasa tidak selesa.
Portable fan bersaiz kecil sangat praktikal kerana mudah dimasukkan ke dalam beg dan boleh dicas semula menggunakan kabel USB. Pilih model yang mempunyai beberapa tahap kelajuan supaya boleh digunakan mengikut keadaan.
2. Cooler bag

Kalau bercuti bersama anak kecil, cooler bag memang antara barang yang paling berguna. Anda boleh menyimpan susu, buah-buahan, yogurt, minuman sejuk atau makanan ringan supaya kekal segar lebih lama.
Bukan itu saja, cooler bag juga berguna jika anda membeli makanan tempatan untuk dibawa pulang tanpa perlu risau cepat rosak.
3. Crossbody bag

Daripada membawa beg tangan yang besar dan berat, lebih baik pilih crossbody bag yang ringan tetapi mempunyai ruang mencukupi untuk menyimpan telefon, dompet, kunci, tisu dan barangan penting lain.
Ia juga memudahkan anda bergerak bebas ketika berjalan di sekitar hotel, pusat beli-belah atau tempat tarikan pelancong.
4. Sunscreen stick atau sunscreen spray

Walaupun hanya berjalan sekitar hotel atau kolam renang, kulit masih terdedah kepada sinaran matahari.
Berbanding sunscreen biasa, sunscreen stick atau spray lebih mudah digunakan kerana tidak perlu dituang ke tangan dan boleh disapu semula dengan cepat, terutama apabila berada di luar.
5. Tumbler besar

Bila cuaca panas, badan lebih cepat kehilangan air. Sebab itu penting untuk sentiasa membawa tumbler yang boleh diisi semula sepanjang hari.
Selain menjimatkan, ia juga memudahkan anda memastikan seisi keluarga kekal terhidrat tanpa perlu kerap membeli air minuman.
Walapun cuaca panas, jadikan staycation anda paling menyeronokkan!
Staycation ialah peluang terbaik untuk berehat dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Dengan persiapan yang betul, anda boleh menikmati setiap aktiviti tanpa perlu risau tentang cuaca panas atau keselesaan sepanjang perjalanan. Selamat bercuti!
