Euforia Bola 2026
Asuh

Baru 3 Hari Berkawan, Haikal Ramzi & Adam Farish Ditemui Lemas Di Empangan Selepas Hilang Petang Semalam

kanak kanak lemas

Dua kanak kanak lemas di sebuah empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor awal pagi tadi. Kedua-dua mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak petang semalam sebelum keluarga membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas menemui basikal dan selipar mereka berhampiran kawasan empangan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Haikal Ramzi Mohamad Khairudi, 12 tahun, dan Adam Sahari, 11 tahun.

Baca juga: Peluang Jadi Guru MARA! Permohonan Dibuka Hingga 21 Ogos 2026, Ini Syarat Kelayakan & Cara Mohon

DUA KANAK KANAK LEMAS DI EMPANGAN SELEPAS DILAPORKAN HILANG

kanak kanak lemas

Foto: Sinar Harian

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Haizrul Rahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.36 malam.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian mendapati benar terdapat dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

Bapa kepada salah seorang mangsa memaklumkan bahawa kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai lemas selepas sebuah basikal dan sepasang selipar milik mereka ditemukan di kawasan berhampiran empangan.

Bapa mangsa memaklumkan kedua-duanya dikhuatiri lemas di kawasan empangan selepas sebuah basikal dan selipar milik mangsa ditemukan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan maklumat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan melibatkan anggota bomba bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Kedua-Dua Mangsa Ditemukan Pada Awal Pagi

kanak kanak lemas

Foto: Berita Harian

Selepas beberapa jam operasi dijalankan, pasukan penyelamat akhirnya berjaya menemukan kedua-dua mangsa pada awal pagi. Mangsa pertama berusia 12 tahun ditemukan pada 2.12 pagi di kedalaman kira-kira dua meter dan sekitar tiga meter dari tebing empangan.

Tidak lama kemudian, mangsa kedua berusia 11 tahun ditemukan pada 2.33 pagi pada kedalaman yang sama, kira-kira dua meter, namun berada sekitar 4.5 meter dari tebing.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang.

Operasi SAR Libatkan 19 Anggota Dan Pelbagai Aset

Operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan seramai 19 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang serta Balai Bomba dan Penyelamat Skudai.

Penglibatan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu mempercepatkan usaha pencarian sehingga kedua-dua mangsa berjaya ditemukan pada awal pagi.

Sementara itu, ahli keluarga kedua-dua mangsa dilihat hadir ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada pagi tadi bagi menuntut jenazah untuk urusan pengebumian.

Ibu Bapa Perlu Lebih Peka Terhadap Keselamatan Anak-Anak

Tragedi ini menjadi peringatan kepada semua ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengetahui keberadaan anak-anak, khususnya ketika mereka keluar bermain pada waktu petang atau berada berhampiran kawasan berisiko seperti sungai, tasik, empangan, lombong dan tali air.

Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat menyayat hati ini.

Baca juga: Jerebu Semakin Membimbangkan, Sekolah Tadika & Taska Ditutup Serta-Merta Jika IPU Lebih 200

Sumber: Berita Harian (1,2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×