Bila usia kandungan melangkah masuk ke minggu ke-32 hingga 36, rasa teruja untuk menyambut cahaya mata memang lain macam!
Perasaan nak mengemas beg hospital pun mula memuncak. Kebanyakan ibu terutamanya first-time mom selalunya terlebih teruja membeli baju baby comel, bedung pelbagai corak dan stokin mini.
Dalam pada itu, ramai ibu terlepas pandang keperluan utama untuk diri sendiri sebaik sahaja melangkah masuk ke Labour Room dan waktu kritikal 24 jam pertama selepas bersalin.
Jangan sampai saat-saat akhir baru terkontang-kanting minta suami belikan!
Berikut ialah 7 barangan yang wajib ada dalam beg hospital ibu:
1. Maternity pad jenis seluar (Disposable Maternity Panties)

Pendarahan darah nifas pada 24 jam pertama adalah sangat banyak dan berbeza berbanding haid biasa.
Tuala wanita biasa sukar menampung cecair dan berisiko tinggi untuk bocor apabila ibu baring.
Tuala wanita jenis seluar pakai-buang memberikan perlindungan 360 darjah yang sangat selesa tanpa bimbang tergelincir.
Penggunaan Maternity Panty Pad 3D Absorbent dengan fabrik yang breathable antara yang dicadangkan dan sesuai untuk digunakan.
2. Nursing bra tanpa dawai
Sejurus bayi dilahirkan, jururawat akan terus meletakkan bayi di dada ibu untuk proses Skin-to-Skin (STS) dan penyusuan pertama (colostrum).
Bra berdawai bukan sahaja menyakitkan payudara yang mula bengkak, malah menyukarkan penyusuan.
Bra penyusuan kapas lembut tanpa dawai dengan bukaan klip atau butang hadapan amat memudahkan proses ini.
Pemakaian Seamless Nursing Bra Cotton memeri tanpa dawai sangat selesa untuk dipakai waktu tidur dan menyusu. Penggunaan nursing bra ini secara tidak langsung turut memberi keselesaan buat para ibu.
3. Minyak urut aromaterapi dan lip balm
Suhu di dalam labour room sangat sejuk! Gabungan penghawa dingin dan teknik pernafasan bersalin membuatkan bibir ibu cepat kering dan pecah.
Selain itu, urutan lembut menggunakan minyak herbal atau aromaterapi di bahagian pinggang oleh suami dapat mengurangkan kesakitan kontraksi secara semula jadi.
Oleh itu penggunaan lip balm tanpa pewangi sangat disyorkan. Bawa bersama minyak urut aromaterapi untuk penggunaan sangat diperlukan.
4. Stokin tebal bersama selipar bilik air anti-licin
Kaki ibu akan berasa sangat sejuk semasa dan selepas proses bersalin. Memakai stokin tebal dapat mengelakkan masuk angin dan memberikan rasa hangat pada tubuh.
Selipar bertapak getah anti-licin pula amat penting untuk keselamatan ibu mengelakkan risiko tergelincir di bilik air hospital apabila mula berdiri atau mandi.
Pastikan anda tidak terlupa daripada stokin tebal dan selipar anti-licin ya sebabnya barangan-barangan ini antara yang kerap orang ramai terlepas pandang.
5. Seluar dalam pakai buang
Selepas beberapa hari bersalin, ibu perlu menukar seluar dalam dengan kerap.
Menggunakan seluar dalam pakai buang berkualiti daripada fabrik kapas menjimatkan tenaga kerana tidak perlu dibasuh, serta mengelakkan kekotoran pada seluar dalam harian anda.
6. Snek Penambah Tenaga (kurma, air dan biskut oat)
Proses meneran dan menghadapi kontraksi memerlukan tenaga fizikal yang sangat tinggi (diibaratkan seperti larian marathon!).
Semasa fasa awal kontraksi (jika diizinkan doktor/jururawat), mengambil snek mudah hadam seperti buah kurma, jus kurma atau biskut oat dapat membekalkan tenaga segera.
7. Set bedung instant 2-way zip dan kain lap pembersih
Sebaik sahaja bayi dibersihkan oleh jururawat, set baju pertama dan bedung akan terus dipasang.
Bedung jenis berzip amat memudahkan jururawat dan ibu berbanding bedung kain empat segi tradisional yang mudah terurai apabila bayi bergerak.
Diharapkan dengan cadangan barangan-barangan ini dapat memudahkan urusan para ibu dalam mengemas serta menyusun barangan keperluan untuk dibawa ke hospital. Para suami juga boleh bantu atau uruskan ya.
Didoakan semoga urusan para ibu semua dipermudah, dilancarkan proses kelahiran sekaligus dapat melahirkan anak-anak yang sihat. Selamat berpantang!
