Euforia Bola 2026
Famili

“Masakan Masih Dalam Kuali..”- Jururawat Pergi Selamanya Selepas Habis Syif Malam, Sempat Peluk Suami & Anak

syif malam

Tiada siapa menyangka kepulangan daripada syif malam menjadi detik terakhir buat seorang jururawat bersama insan tersayang, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Pemergian Vanessa Anak Ewot, Jururawat Gred U5 yang bertugas di Hospital Umum Sarawak, menyentuh hati ramai selepas kisah saat-saat terakhirnya dikongsikan di media sosial.

Baca juga: Bahana Beli Patung Kuman Thong Demi Murah Rezeki, Hidup Individu Ini Kucar-Kacir Lepas Tinggalkan Ritual

JURURAWAT PULANG DARI SYIF MALAM, SEMPAT PELUK SUAMI DAN ANAK SEBELUM PERGI SELAMANYA

syif malam

Mendiang Vanessa Anak Ewot

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada 2 Ogos 2026.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) menerusi satu hantaran Facebook turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Salam Takziah buat keluarga mendiang Vanessa Anak Ewot, Jururawat Gred U5, berkhidmat di Hospital Umum Sarawak, yang telah meninggal dunia pada 2 Ogos 2026 (Ahad). Semoga mendiang bersemadi dengan aman,” tulisnya.

Baca juga: Kuda Cacu Cemburu Ketika Sultan Pahang Bergambar Bersama Tunku Azizah, Baginda Hampir Terjatuh Masa Nak Pujuk

Sempat peluk suami dan cium anak sebelum pergi

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), Vanessa dikatakan baru pulang daripada syif malam dan masih memakai pakaian seragam ketika berada di rumah.

Pada pagi itu, Vanessa sempat memeluk suaminya serta mencium anaknya tanpa sesiapa menyangka itulah pelukan dan ciuman terakhir daripada seorang isteri dan ibu.

Lebih mengundang sebak, masakan yang disediakannya dikatakan masih berada di dalam kuali dan belum sempat dijamah.

syif malam

Perkongsian itu mengingatkan ramai bahawa perpisahan sering berlaku tanpa sebarang amaran.

Seseorang mungkin keluar bekerja seperti biasa, pulang ke rumah, menyediakan makanan dan meluangkan masa bersama keluarga, namun dalam sekelip mata segala-galanya berubah.

Baca juga: May*t Bayi Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Dengan Kesan Tikam*n, Rupanya Pelajar Kolej Masih Hamil Seorang Lagi

Hargailah setiap detik bersama keluarga

Pemergian Vanessa bukan sahaja dirasai oleh suami, anak dan ahli keluarganya, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada rakan-rakan sekerja serta seluruh warga kesihatan yang pernah berkhidmat bersamanya.

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada orang ramai yang turut mendoakan agar keluarganya diberikan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat besar.

Kisah ini menjadi peringatan bahawa setiap pertemuan bersama insan tersayang tidak seharusnya dipandang ringan. Kadangkala pelukan, ciuman atau ucapan selamat sebelum keluar bekerja boleh menjadi kenangan terakhir yang kekal terpahat dalam ingatan.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) / Public Health Malaysia

FT Image: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×