Tular di media sosial baru-baru ini sebuah video yang memaparkan tindakan seorang pekerja di sebuah premis makanan dipercayai menggunakan air liur ketika mengasingkan pelapik makanan sebelum diletakkan di atas pinggan pelanggan.
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang mempersoalkan tahap kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan di premis berkenaan.
Baca juga: Elak Goreng Sampai Hangus, Kubis Goreng Boleh Tingkatkan Risiko Kanser! Jangan Amalkan Selalu…
PEKERJA GUNA AIR LIUR ASINGKAN PELAPIK MAKANAN

Menerusi video yang tular, pekerja terbabit dilihat membasahkan jarinya menggunakan air liur sebelum mengasingkan helaian pelapik makanan dan menyusunnya pada setiap pinggan bagi memudahkan urusan penyediaan makanan.
Susulan video yang tular, pemilik premis tampil memberi penjelasan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.
Dia mengakui kejadian tersebut benar-benar berlaku di premis miliknya dan menegaskan bahawa dirinya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan pekerja berkenaan.
Menurutnya, dia berasa sangat kecewa dan marah sebaik mengetahui perkara itu kerana ia bertentangan dengan amalan kebersihan yang sepatutnya dipatuhi.
“Saya memang tidak menafikan video yang tular itu memang berlaku di kedai saya. Saya sendiri tak setuju dan memang marah apabila tahu perkara itu berlaku,” katanya.
Dalam penjelasannya, pemilik premis memaklumkan bahawa semua pelapik makanan yang masih digunakan ketika kejadian telah dibuang sebagai langkah segera.
Dia turut menjelaskan pekerja terbabit telah dipindahkan ke bahagian lain dan tidak menolak kemungkinan tindakan lebih tegas akan diambil terhadap individu berkenaan.
Menurutnya, pekerja tersebut berusia sekitar 50-an dan merupakan antara beberapa pekerja yang diberi peluang bekerja walaupun mempunyai pelbagai kesukaran dalam kehidupan.
Bagaimanapun, dia mengakui kesilapan itu telah menjejaskan reputasi premis dan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap perniagaannya.

Mohon maaf kepada pelanggan
Pemilik premis turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pelanggan dan orang ramai atas insiden tersebut.
Sebagai pemilik perniagaan, dirinya bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku di premis walaupun kesilapan itu dilakukan oleh pekerja.
Tambahnya, selama ini pihaknya sentiasa berusaha menjaga aspek kebersihan di premis, namun mengakui insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku.
Mengakhiri penjelasannya, pemilik premis sekali lagi memohon maaf kepada semua pelanggan serta berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada pihaknya untuk memperbaiki kelemahan dan memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
@restoranpokokbelacanipohenjelasan dan mohon maaf kepada semua.. Saya jugak telah ambil tindakkan yang tegas ke atas pekerja tersebut….♬ original sound – Tuan Denan
Baca juga: Tiga Beradik Perlukan Bantuan, JKM Rayu Waris Tampil Selepas 3 Tahun Di Bawah Perlindungan
Sumber: TikTok Tuan Denan
