Euforia Bola 2026
Rakyat

Ibu Bekerja Di Selangor Boleh Mohon Insentif RM1,000 MamaKerja, Permohonan Dibuka Ogos Ini!

BANTUAN MAMAKERJA

Bagi ibu bekerja yang mempunyai anak kecil, kos menghantar anak ke taska atau pusat jagaan boleh menjadi antara komitmen bulanan yang besar. Bagi mengurangkan beban tersebut, Kerajaan Negeri Selangor meneruskan bantuan MamaKerja dengan peruntukan tambahan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai ibu bekerja.

Baca juga: Minyak Rambut & Tisu Jadi ‘Hair Mask’? Ini Cara Viral Dari Indonesia Untuk Bantu Rambut Bayi Cepat Tumbuh

BANTUAN MAMAKERJA UNTUK IBU DI SELANGOR

BANTUAN MAMAKERJA

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri menambah peruntukan sebanyak RM5 juta di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan program MamaKerja sebanyak RM10 juta yang dijangka memanfaatkan sehingga 10,000 ibu bekerja di Selangor.

Menurut beliau, program MamaKerja merupakan antara janji Kerajaan Perpaduan kepada rakyat Selangor sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023.

Sejak diperkenalkan, sebanyak 5,595 permohonan telah diterima dan seramai 3,850 ibu bekerja berjaya menerima insentif berkenaan.

Menerusi program MamaKerja, ibu yang layak akan menerima insentif sebanyak RM1,000. Bantuan ini akan disalurkan menerusi aplikasi Nine sebagai sokongan kepada ibu bekerja yang mempunyai anak kecil dan memerlukan khidmat taska atau pusat jagaan.

Inisiatif ini juga bertujuan membantu golongan ibu terus kekal dalam sektor pekerjaan tanpa terlalu terbeban dengan kos penjagaan anak.

BANTUAN MAMAKERJA

Syarat Kelayakan MamaKerja

Bagi permohonan fasa baharu yang akan dibuka pada Ogos ini, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

  • Ibu yang sedang bekerja
  • Mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan
  • Menetap di Selangor serta memenuhi syarat-syarat lain yang akan diumumkan

Permohonan bagi fasa baharu MamaKerja akan dibuka sepanjang bulan Ogos menerusi aplikasi Nine. Ibu bekerja yang memenuhi syarat kelayakan disaran membuat permohonan sebaik sahaja permohonan dibuka bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih cepat.

Program ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan golongan wanita bekerja di samping membantu mengurangkan beban kos penjagaan anak yang semakin meningkat.

Baca juga: Amaran Buat Ibu Bapa! Segera Semak Mainan ‘Squishy Dumpling’ Anak, Didakwa Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Sumber: Amirudin Shari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×