Euforia Bola 2026
Asuh

Minyak Rambut & Tisu Jadi ‘Hair Mask’? Ini Cara Viral Dari Indonesia Untuk Bantu Rambut Bayi Cepat Tumbuh

rambut lebat

Rambut lebat sering menjadi harapan ramai ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila melihat rambut bayi kelihatan nipis atau lambat tumbuh.

Menerusi perkongsian di media sosial, ada ibu yang menggunakan minyak rambut bayi bersama tisu sebagai ‘hair mask’ untuk bayi.

Baca juga: Amaran Buat Ibu Bapa! Segera Semak Mainan ‘Squishy Dumpling’ Anak, Didakwa Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

RAMBUT LEBAT GUNA TIPS UNTUK BAYI ANDA

RAMBUT LEBAT

Menerusi perkongsian itu, langkahnya cukup mudah.

1. Sapukan sedikit minyak rambut bayi pada beberapa keping tisu.

2. Tampalkan perlahan-lahan pada bahagian kepala bayi.

3. Biarkan selama kira-kira 20 hingga 30 minit atau sehingga tisu kering.

4. Tanggalkan dan bersihkan kepala bayi seperti biasa.

Menurut mereka yang mengamalkan cara ini, kulit kepala menjadi lebih lembap dan rambut bayi kelihatan lebih mudah tumbuh.

Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini benar-benar mampu mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi.

Secara umumnya, minyak rambut tidak merangsang folikel rambut untuk menghasilkan rambut baharu dengan lebih cepat.

Sebaliknya, minyak membantu:

  • Mengekalkan kelembapan kulit kepala
  • Mengurangkan kulit kepala kering
  • Melindungi rambut daripada mudah patah
  • Menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dan berkilat

Pertumbuhan rambut bayi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor genetik, hormon dan usia.

RAMBUT LEBAT

Cara selamat bantu rambut anak tumbuh

Walaupun tiada cara ajaib untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut, ibu bapa boleh menjaga kesihatan kulit kepala bayi melalui beberapa langkah berikut.

1. Urut kulit kepala dengan lembut

Mengurut kepala bayi ketika mandi atau selepas menyapu minyak boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala di samping memberikan rasa selesa kepada bayi.

2. Pastikan kulit kepala sentiasa bersih

Basuh rambut menggunakan syampu khas bayi mengikut keperluan. Elakkan membiarkan peluh, minyak atau kerak kepala (cradle cap) berkumpul terlalu lama.

3. Berikan pemakanan yang berkhasiat

Bagi bayi yang sudah mula makan makanan pejal, pastikan mereka mendapat nutrisi mencukupi seperti protein, zat besi, zink dan vitamin yang penting untuk pertumbuhan rambut.

Jika ingin mencuba sebarang produk pada kulit kepala bayi, lakukan ujian terlebih dahulu dengan menyapu sedikit produk pada kawasan kecil kulit dan tunggu selama 24 jam untuk melihat sama ada terdapat tanda kemerahan atau iritasi.

Jika bayi mempunyai ekzema, kulit sensitif atau mengalami masalah kulit kepala, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sebarang petua yang tular di media sosial.

Baca juga: Alasan Kerap Menangis Bukan Tiket Pukul Bayi, Ibu Dakwa Anak Jadi Mangsa Pengasuh Sampai Kepala Cedera!

Sumber: Sitiaminah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×