Euforia Bola 2026
Sihat

Amaran Buat Ibu Bapa! Segera Semak Mainan ‘Squishy Dumpling’ Anak, Didakwa Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

SQUISHY DUMPLING

Mainan sensori jenis ‘Squishy Dumpling’ yang popular dalam kalangan kanak-kanak kini menjadi perhatian selepas pihak berkuasa di United Kingdom mengarahkan penarikan balik satu produk kerana didapati mengandungi bahan kimia berbahaya.

Tindakan itu dibuat selepas ujian mendapati produk dikenali sebagai Squeezy Dumplings mengandungi benzena pada kadar yang melebihi had keselamatan yang ditetapkan, sekali gus dikategorikan sebagai produk berisiko tinggi kepada pengguna.

Baca juga: Jantung Terhenti 15 Minit Akibat Tercekik Belon Semasa Sambut Birthday, Ibu Kongsi Perjuangan Anak Bangkit Semula!

SQUISHY DUMPLING MAINAN KANAK-KANAK ADA BAHAN KIMIA

SQUISHY DUMPLING

Menurut Office for Product Safety and Standards (OPSS), lapisan luar mainan berkenaan didapati mengandungi kira-kira 20mg/kg benzena, iaitu empat kali ganda lebih tinggi daripada had maksimum yang dibenarkan di United Kingdom.

Benzena ialah bahan kimia yang diklasifikasikan sebagai karsinogen, iaitu bahan yang boleh meningkatkan risiko kanser. Pendedahan kepada bahan ini juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mata, hidung dan tekak.

Sehubungan itu, OPSS telah mengeluarkan notis penarikan balik produk berkenaan di seluruh negara bagi mengelakkan risiko kepada pengguna, khususnya kanak-kanak.

Dalam perkembangan sama, lebih 1,000 unit mainan tiruan Squeezy Dumplings telah dirampas daripada beberapa premis di bandar Hull oleh pegawai Trading Standards.

Semua mainan terbabit kemudiannya disita dan dimusnahkan selepas didapati tidak mematuhi piawaian keselamatan produk.

Pihak berkuasa turut meminta orang ramai melaporkan sekiranya mengetahui mana-mana individu atau premis yang masih menjual produk tersebut.

SQUISHY DUMPLING

Ibu Bapa diminta semak mainan anak

Ibu bapa dinasihatkan agar menyemak semula mainan sensori yang dimiliki anak-anak, terutama jika produk itu dibeli daripada penjual yang tidak dikenali atau mempunyai pembungkusan yang mencurigakan.

Antara perkara yang boleh diperiksa ialah maklumat pada pembungkusan. Produk tulen lazimnya memaparkan butiran pengilang, pembekal atau pengimport yang sah di United Kingdom atau Kesatuan Eropah.

Pihak berkuasa mengingatkan bahawa sesetengah produk tidak selamat mungkin turut memaparkan maklumat tersebut. Oleh itu, pengguna disaran membeli mainan hanya daripada peruncit yang dipercayai.

Sekiranya terdapat keraguan terhadap keselamatan sesuatu produk, ibu bapa dinasihatkan supaya menghentikan penggunaannya dan melupuskannya dengan segera sebagai langkah berjaga-jaga.

Pastikan mainan yang dibeli memenuhi piawaian keselamatan serta diperoleh daripada penjual yang sah. Hal ini dapat membantu mengurangkan risiko pendedahan kepada bahan berbahaya dan melindungi keselamatan kanak-kanak.

Baca juga: “Anak Murid Didahulukan, Anak Sendiri Terabai?”- Luahan Seorang Suami Tentang Isteri Cikgu Raih Perhatian

Sumber: BBC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×