Euforia Bola 2026
Famili

“Datang Je, Kak Za Bagi Free” – Sifat Pemurah Azza Elite Dipuji, Beri Kek Percuma Buat Anak Autisme & OKU

kek percuma

Penyanyi dan usahawan terkenal, Azza Elite, menerima pujian ramai selepas berkongsi akan memberikan kek percuma kepada golongan autisme serta orang kurang upaya (OKU). Menurut Azza, dua golongan tersebut tidak perlu membayar sekiranya datang mendapatkan snek atau kek di kedai jualannya.

Baca juga: “Asyik Nak Beli Whipping Cream…”-Ibu Tak Sangka Anak Form 2 Diam-Diam Ambil Tempahan Puding, Kumpul Duit Sendiri Nak Beli Telefon

AZZA ELITE BERI KEK PERCUMA UNTUK ANAK AUTISM & OKU

KEK PERCUMA

Difahamkan, Azza sentiasa membuka ruang untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, khususnya anak-anak autisme dan individu OKU. Menurutnya, mereka hanya perlu hadir ke booth jualannya dan akan diberikan makanan secara percuma tanpa sebarang bayaran.

“Untuk snek autism, OKU tidak perlu bayar. Datang je, Kak Za bagi free,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian ramai, termasuk seorang ibu yang berkongsi pengalaman menyentuh hati melibatkan anaknya yang menghidap autisme dan ADHD ketika menerima rawatan di hospital.

“Anak saya autism with ADHD. Haritu warded kat Hospital Temerloh untuk rawatan ketumbuhan dalam perut. Ada orang kasi kek Azza Elite kat dalam ward, siap cakap meh rasa kek artis.

“Anak saya dari tak nak makan sebab sakit dan picky terus jamah dengan berselera. Masa tu terharu sampai suruh suami cari moist cake yang seakan sekitar Temerloh tapi lepas beli dia sentuh sikit terus tak nak,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh dengan kisah berkenaan. Ramai berpendapat bahawa kebaikan kecil yang dilakukan seseorang kadangkala mampu memberi makna yang sangat besar kepada individu lain, terutama mereka yang sedang berdepan ujian hidup.

Membalas komen wanita itu, Azza menjelaskan bahawa dia sememangnya menyediakan lebihan kek setiap kali pengeluaran dibuat di dapur bagi tujuan berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

KEK PERCUMA

“Kalau Kak Za buat 1,000 kek untuk jualan, Kak Za akan suruh kitchen buat lebih kurang 100 lagi. Kalau 2,000 kek, Kak Za suruh kitchen buat 2,100 atau 2,050. Yang selebihnya Kak Za bagi hadiah untuk anak autistic, OKU, orang buta, orang bisu, kerusi roda dan sesiapa yang Kak Za tergerak hati nak bagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite tersebut turut berkongsi pandangannya mengenai rezeki dan keberkatan dalam perniagaan. Bagi Azza, kejayaan yang dikecapinya hari ini tidak terlepas daripada doa serta kebahagiaan insan lain yang pernah dibantunya.

Sementara itu, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai kata-kata pujian daripada netizen yang kagum dengan keikhlasan Azza dalam membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan balasan.

Ramai menyifatkan tindakannya sebagai satu contoh yang baik kepada masyarakat, terutama dalam mengamalkan budaya berkongsi rezeki dan menyebarkan kebaikan.

Baca juga: Sesat Dalam Hutan Tetap TAK BOLEH Makan Babi, Bukan Semudah Itu & Ada Benda Lain – UAI

Sumber: Threads Azzaelite

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×