Baru-baru ini, perkongsian daripada Kasmawati Omar Wati Omar di Facebook menarik perhatian ramai apabila dia ada kongsikan resipi kek hujan panas yang cukup popular suatu ketika dahulu.
Menurutnya, kek ini merupakan resipi arwah ibunya dan sering menjadi hidangan ketika zaman remaja dahulu. Bagi yang pernah cuba, pasti tahu kek ini bukan sahaja sedap, malah mempunyai tekstur yang unik dengan campuran kelapa kering berwarna-warni.
Baca juga: Ramai Tak Tahu! Ini Cara Betul Masak ‘Pokok Ajinomoto’ Sebelum Makan, Kalau Silap Boleh Jadi Racun
KEK HUJAN PANAS RESEPI LEGEND DARIPADA ARWAH IBU

Bahan-bahan kek hujan panas:
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula kastor
- 4 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 sudu besar susu cair
- 1 cawan kelapa kering (boleh letak pewarna ikut suka)
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
Cara penyediaan kek hujan panas:
1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu per satu.
2. Tambahkan esen vanila dan susu cair, diikuti tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder.
3. Akhir sekali, masukkan kelapa kering berwarna dan gaul rata sebelum dibakar hingga masak.
4. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu selama 1 jam 15 minit suhu 140 menggunakan api atas bawah.

Kredit: AI
Walaupun cara pembuatannya tidak rumit, hasilnya cukup memuaskan dengan rasa lemak manis serta aroma yang membangkitkan nostalgia.
Perkongsian ini turut membuatkan ramai terkenang kembali zaman dahulu, di mana kek seperti ini sering menjadi pilihan kerana bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya yang tidak memerlukan teknik yang kompleks.
Kadang-kadang, resipi lama inilah yang paling dirindui. Bukan sekadar rasa, tetapi kenangan bersama insan tersayang yang menjadikannya lebih bermakna.
Selamat mencuba!
