Euforia Bola 2026
Dapur

Ramai Tak Tahu! Ini Cara Betul Masak ‘Pokok Ajinomoto’ Sebelum Makan, Kalau Silap Boleh Jadi Racun

POKOK AJINOMOTO

Dalam kalangan penggemar tanaman dapur, pokok yang dikenali sebagai pokok ajinomoto atau chaya semakin popular kerana khasiatnya yang tinggi serta rasanya yang lemak manis secara semula jadi.

Daunnya sering menjadi pilihan untuk dimasak sebagai hidangan seperti masak lemak atau tumis air, malah ada yang menyifatkan ia mampu memberikan rasa sedap tanpa perlu menambah perasa.

Baca juga: ‘Housemate’ Di Jordan Ajar Resipi Ayam Cuka Gula, Ambil Masa 12 Minit Je Masak Tapi Sedap Tak Terkata!

CARA MASAK POKOK AJINOMOTO SEBELUM MAKAN, MACAM NI BARU BETUL

POKOK AJINOMOTO

Namun begitu, di sebalik kelebihannya sebagai ‘superfood’, tidak ramai yang menyedari bahawa pokok ajinomoto ini juga boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan jika tidak disediakan dengan cara yang betul.

Pokok Chaya mengandungi sejenis bahan dikenali sebagai cyanogenic glycosides, iaitu sebatian yang boleh menghasilkan sianida jika diambil dalam keadaan mentah atau tidak dimasak sempurna.

Pengambilan bahan ini dalam jumlah tertentu boleh memberi kesan berbahaya kepada tubuh, termasuk simptom seperti pening, loya dan dalam kes serius boleh menjejaskan sistem pernafasan.

Berbeza dengan sesetengah sayuran lain, daun Chaya tidak boleh dimakan mentah sebagai ulam. Amalan ini boleh mendedahkan individu kepada risiko keracunan akibat kandungan toksin yang masih belum dinyahaktifkan.

Sebaliknya, daun ini perlu melalui proses memasak yang sempurna bagi memastikan keselamatannya sebelum dimakan.

Bagi menghilangkan kandungan toksik tersebut, daun Chaya perlu direbus atau dimasak sekurang-kurangnya selama 15 minit. Proses pemanasan ini penting untuk memecahkan sebatian berbahaya dan menjadikannya selamat untuk dimakan.

POKOK AJINOMOTO

Selepas dimasak dengan betul, daun ini bukan sahaja selamat, malah kaya dengan nutrien dan boleh dijadikan sebahagian daripada diet harian yang sihat.

Walaupun Pokok Ajinomoto atau Chaya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan rasa yang enak, pengetahuan tentang cara penyediaan yang betul amat penting bagi mengelakkan risiko kepada diri dan keluarga.

Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dan tidak sekadar mengikut trend atau perkongsian tanpa memastikan kesahihan serta aspek keselamatan sesuatu makanan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sukatan Lengkap Spaghetti Carbonara Homemade Paling ‘Laku Keras’ Untuk Jamuan Raya, Sekejap Je Licin!

Sumber: Facebook Abe Azlan Mat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×