Euforia Bola 2026
Famili

Rupanya Buku ‘Iqra Pink’ Bukan Keluaran Sah, Syarikat Dibubar Sejak Tahun 2005 & Tiada Izin Percetakan!

buku iqra

Perkongsian mengenai penggunaan buku iqra berwarna merah jambu atau lebih dikenali sebagai ‘iqra pink’ kembali menjadi perhatian di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.

Seorang guru al-Quran, Asyraf Sayf, tampil memberikan penjelasan berhubung status sebenar naskhah tersebut yang didakwa masih digunakan secara meluas sehingga hari ini.

Baca juga: JPN Lancar Perkhidmatan MyPhone-In, Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Panggilan Telefon!

BUKU IQRA PINK BUKAN KELUARAN SAH, SEMAK SEBELUM BELI

BUKU IQRA

Bukan keluaran sah

Menurutnya, iqra versi berkenaan sebenarnya tidak lagi diterbitkan secara sah sejak tahun 2005. Perkara ini berikutan pembubaran syarikat Darul Kitab, yang sebelum ini bertanggungjawab mencetak naskhah tersebut.

Tambahnya, Darul Kitab merupakan anak syarikat kepada Darul Fikir, iaitu pihak yang memegang lesen rasmi bagi penerbitan Iqra di Malaysia. Namun selepas operasi syarikat itu dihentikan, pencetakan versi tersebut juga tidak lagi dijalankan secara sah.

“Mula kisahnya iqra pink ni dicetak oleh anak syarikat Darul Fikir sendiri iaitu Darul Kitab (boleh cek dekat belakang iqra pink nama syarikat ni). 

“Cuma Darul Kitab telah dibubarkan pada tahun 2005 maka semua percetakan telah dihentikan dibawah syarikat tersebut. Tambahan syarikat tersebut sudah tidak wujud lagi. Tetapi, yang menjadi misterinya, Iqra pink masih lagi dicetak hingga ke saat ini tanpa keizinan dari Darul Fikir sendiri,” jelasnya.

BUKU IQRA

Iqra keluaran sah dan boleh digunakan

Walaupun begitu, beliau tidak menafikan bahawa buku ‘iqra pink’ itu masih boleh ditemui di pasaran dan dijual secara meluas, dipercayai tanpa kebenaran daripada pemegang hak yang sah.

Susulan itu, Asyraf memaklumkan bahawa orang ramai mempunyai pilihan sama ada untuk terus menggunakan naskhah yang sedia ada atau beralih kepada versi yang asli. Namun begitu, beliau secara peribadi menyarankan agar penggunaan versi asli dijadikan pilihan utama bagi mengelakkan sebarang keraguan.

“Setiap perkara yang kita putuskan, ia melibatkan halal dan haram, juga melibatkan berkat atau tidak dalam kehidupan,” tambahnya.

Perkongsian ini diharap dapat memberi pencerahan kepada masyarakat, khususnya ibu bapa dan pendidik, agar lebih peka terhadap sumber bahan pembelajaran yang digunakan, terutamanya melibatkan bahan asas dalam pendidikan al-Quran.

Baca juga: Viral Tips Letak Tisu Dalam Mesin Basuh Cegah Kesan Air Karat, Ramai ‘Approved’ Baju & Tudung Lebih Terjaga!

Sumber: Facebook Asyraf Sayf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×