Euforia Bola 2026
Dapur

Senarai Penuh Barangan Harga Terkawal Sempena Hari Raya, Peniaga Jangan Suka-Suka ‘Main Harga’!

Menjelang musim perayaan, isu harga barang sering menjadi perhatian orang ramai, terutama apabila permintaan terhadap barangan keperluan meningkat.

Bagi memastikan harga kekal terkawal dan tidak membebankan pengguna, kerajaan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Baca juga: Lelaki Malaysia Ini Cipta Rekod Dunia! Miliki 42 Batang Gigi, Lebih 10 Daripada Biasa..

 SENARAI HARGA BARANG TERKAWAL SEMPENA RAYA PUASA 2026

harga barang

Pelaksanaan ini bertujuan mengawal harga barangan tertentu supaya pengguna tidak dikenakan harga terlalu tinggi, terutama ketika permintaan meningkat menjelang musim perayaan.

Kategori daging/ayam

  • Daging kerbau import (India)
  • Daging lembu import
  • Daging lembu tempatan
  • Kepak ayam

Kategori hasil laut

  • Ikan aya@tongkol
  • Ikan demuduk/sagai/cermin/cupak
  • Ikan kembung termasuk ikan mabung
  • Ikan selayang

Kategori sayur

  • Kubis bulat import
  • Sawi hijau
  • Timun
  • Tomato
  • Cili merah
  • Kacang panjang
  • Lobak merah (China)

Kategori barang kering

  • Bawang kuning besar
  • Bawang merah besar
  • Bawan merah kecil India
  • Bawang putih (China)
  • Ubi kentang (China)
  • Halia tua import
  • Kacang tanah
  • Cili kering kerinting
  • Kacang dal (Australia)
  • Kelapa biji (borong)
  • Kelapa parut (runcit)
  • Santan kelapa (runcit)

Tempoh kuat kuasa skim ini dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas perayaan.

7 hari sebelum perayaan (14 Mac – 20 Mac 2026)

1 hari semasa perayaan – (21 Mac 2026)

7 hari selepas perayaan – (22 Mac – 28 Mac 2026)

Sepanjang tempoh ini, beberapa barangan keperluan akan ditetapkan sebagai barang harga terkawal dengan harga maksimum tertentu di peringkat pengeluar, pemborong dan juga peruncit.

Di bawah pelaksanaan skim ini, harga barangan ditetapkan mengikut kawasan dan daerah di seluruh Malaysia bagi memastikan kawalan harga lebih efektif mengikut situasi setempat.

Musim perayaan yang terlibat

harga barang

Sehingga kini, SHMMP dilaksanakan sempena beberapa perayaan utama di Malaysia, antaranya:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Tahun Baharu Cina
  • Deepavali
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan
  • Hari Gawai

Tempoh pelaksanaan bagi setiap perayaan adalah berbeza bergantung kepada keperluan semasa.

Sebagai contoh:

  • Hari Raya Aidilfitri: 15 hari
  • Tahun Baharu Cina: 12 hari
  • Deepavali: 10 hari
  • Krismas: 5 hari

Sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP, peniaga perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan adalah seperti menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Selain itu, denda akan dikenakan juga bagi peniaga yang gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal selain tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan.

Peniaga yang didapati melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan tegas.

Bagi individum, denda maksimum sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan, denda maksimum sehingga RM500,000.

Baca juga: Pendakwah Tegur Trend ‘Couple Masjid Hopping’, Walaupun Niat Beribadah Tapi Ingat Yang Ketiga Itu Syaitan..

Sumber: KPDN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×