Euforia Bola 2026
Famili

Akibat Pendarahan Dalam Kepala Setelah Dihempas, Bayi 2 Bulan Maut & Bapa Dipenjara 16 Tahun!

kematian bayi

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian bayi perempuannya yang berumur dua bulan, empat tahun lepas.

Hakim, Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Danial Iman Mohd Sharif dan memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada Julai 2022.

Baca juga: “Arwah Tak Pandai Berenang Tapi…”- Kanak-Kanak 12 Tahun Lemas Selepas Pertaruh Nyawa Selamatkan Rakan, Tragedi Pilu…

BAPA PENYEBAB KEMATIAN BAYI YANG DIHEMPAS, DIPENJARA 16 TAHUN!

kematian bayi

Gambar hiasan: Utusan

Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 15 Januari lepas, Hakim Aslam berkata, dalam mana-mana kes jenayah yang melibatkan hukuman, kepentingan awam merupakan faktor yang dan harus diutamakan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.

“Tertuduh telah mengaku bersalah tanpa syarat dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun bermula dari tarikh penahanannya. Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan, kini telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan,” kata Hakim Aslam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di rumahnya di Bandar Tasik Puteri Rawang, pada 30 hingga 31 Julai 2022, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Hari Pertama Prasekolah Jadi Cabaran Buat Adik Missclyen, Penghidap Sindrom ‘Werewolf’- Ada Rakan Sekelas Lari!

kematian bayi

Berdasarkan fakta kes, pada 29 Julai 2022, tertuduh telah bergaduh dengan isterinya sehingga bertumbuk dan membuang telefon bimbit isterinya sebelum wanita itu masuk tidur pada kira-kira 2 pagi dan meninggalkan mangsa bersama tertuduh di ruang tamu.

Semasa bersama bayi itu di ruang tamu, tertuduh bertindak mengambil mangsa dari atas kusyen (yang berada di atas lantai) dan menghempas mangsa ke bawah sehingga bahagian pinggang ke atas badan bayi itu terhentak ke lantai, menyebabkan mangsa menangis.

Isteri tertuduh yang terjaga kemudian melihat bayinya menangis sebelum bertindak memberinya susu dan pada 4.30 petang, isteri tertuduh masih mendengar tangisan bayi yang berterusan dan merasa tidak sedap hati kerana keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pada 31 Julai 2022, pukul 5.45 petang, tertuduh sekali lagi bertindak merentap tangan, menekan perut dan menghempas mangsa ke atas kusyen yang berada di lantai kerana tertekan dan semasa mangsa dihempas, kepalanya telah terkena pada bucu meja dan mengalami kecederaan.

Isteri tertuduh melihat bibir bayinya berdarah dan pernafasannya tersekat-sekat sebelum tertuduh memaklumkan bahawa mangsa terhempas dan bibirnya terkena meja palet kayu. Wanita itu kemudian meminta tertuduh membawa anak mereka ke klinik.

Hasil siasatan mendapati punca kematian mangsa adalah akibat pendarahan dalam kepala disebabkan hentakan objek tumpul ketika tertuduh menghempas bayi berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Santhakumari.

Baca juga: Hebatnya Kasih Sayang Ammar… Cucu Usia 10 Tahun Pujuk Atok Makan Ubat & Tadah Air Kencing Sentuh Hati Ramai

Sumber: BERNAMA Radio

FT Image: BERNAMA / wirestock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×