Cara suami pegang tangan isteri boleh menceritakan banyak perkara tentang emosi, kasih sayang, dan dinamika hubungan. Dari genggaman lembut hingga jari yang bersilang, setiap jenis pegangan tangan membawa makna yang tersendiri dan perlu difahami oleh setiap isteri.
Baca juga: Suami Isteri Sehidup Semati Meninggal Dunia Hari Sama, Menyentuh Hati Warga Setempat..
CARA SUAMI PEGANG TANGAN ISTERI ADA MAKSUD TERSIRAT
Berikut enam jenis pegang tangan dan setiap maksudnya:
1. Tapak tangan menghadap bawah

Freepik
Jika tangan suami di atas tangan isteri dengan tapak menghadap ke bawah, ia biasanya menunjukkan bahawa suami mengambil peranan memimpin dan melindungi.
Ia juga menandakan rasa bertanggungjawab dan kadang-kadang dominasi, tetapi jika pasangan selesa, ia mencerminkan keseimbangan dalam hubungan.
2. Jari bersilang

Freepik
Jari yang saling bersilang menunjukkan keintiman dan kepercayaan yang tinggi. Kedua-dua pasangan menunjukkan mereka menghargai satu sama lain dan ingin dekat secara emosi. Gaya ini biasanya muncul ketika emosi mendalam atau saat romantik.
3. Pegangan tangan pasif

Freepik
Jika seseorang memegang tangan pasangannya dengan longgar, sementara pasangannya memegang lebih kuat, ia biasanya menunjukkan mereka sedang santai, tenang, atau tidak terlalu memikirkan apa-apa.
4. Pegangan rileks

Freepik
Gaya ini berlaku apabila jari pasangan bersilang tetapi genggaman longgar dan santai. Ia menunjukkan pasangan sudah selesa antara satu sama lain dan yakin dengan hubungan mereka. Tidak perlu memegang terlalu kuat kerana mereka sudah percaya dan selesa dengan kehadiran masing-masing.
Pegangan rileks biasanya muncul pada pasangan yang sudah lama bersama dan menunjukkan kestabilan emosi serta hubungan yang tenang.
5. Genggam pergelangan tangan

Wikihow
Kadang-kadang suami atau pasangan akan menggenggam pergelangan tangan pasangan, bukan tangan sepenuhnya. Gaya ini boleh menjadi tanda perlindungan, misalnya menarik pasangan keluar dari kesesakan.
Penting untuk melihat konteks: jika dilakukan dengan lembut dan penuh perhatian, ia menandakan kasih sayang dan perlindungan, jika terlalu kuat, ia boleh memberi rasa sakit.
6. Genggaman Jari

Freepik
Gaya ini berlaku apabila seseorang hanya memegang satu atau dua jari pasangan, bukannya seluruh tangan. Biasanya berlaku dalam hubungan baru atau pasangan yang suka santai.
Genggaman jari menunjukkan kasih sayang tetapi juga memberi ruang dan kebebasan. Walaupun kelihatan ringan, ia tetap menandakan keakraban dan perhatian, tetapi dengan cara yang lebih relaks dan tidak terlalu serius.
Memahami maksud di sebalik setiap gaya pegang tangan membantu anda lebih menghargai hubungan dan menyedari perasaan pasangan. Jadi, jangan pandang remeh setiap kali suami meegang tangan, ia sebenarnya penuh makna.
Baca juga: 7 Cara Jaga Pasangan Di Usia 30+ Supaya Cinta Kekal Menyala, Bukan Semakin Pudar…
Sumber: eNotAlone
