Euforia Bola 2026
Inspirasi

3 Saintis Wanita Muda Malaysia Cipta Nama Di Jerman, Sertai Mesyuarat Nobel Bertaraf Dunia!

saintis muda malaysia

Malaysia terus melakar sejarah dalam dunia sains antarabangsa apabila tiga saintis muda Malaysia terpilih menghadiri Mesyuarat Nobel Laureate Lindau ke-74 di Jerman.

Ini merupakan satu penghormatan besar yang menjadi impian ramai penyelidik muda di seluruh dunia.

Baca juga: Dua Kadet Malaysia Cipta Sejarah, Terpilih Ke Akademi Ketenteraan Terkemuka Amerika Syarikat!

3 SAINTIS MUDA MALAYSIA TERPILIH KE PROGRAM BERPRESTIJ, SEMUA WANITA HEBAT!

Dengan ribuan calon dari pelbagai negara, hanya yang terbaik dipilih menyertai program berprestij ini yang menghimpunkan penerima Hadiah Nobel dan bakat muda dalam bidang kimia. Kehadiran mereka bukan sahaja membuktikan kehebatan anak tempatan tetapi turut menjadi simbol harapan masa depan Malaysia dalam arena penyelidikan dan inovasi global.

Menurut kenyataan rasmi dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mesyuarat itu akan mempertemukan lebih 600 penyelidik muda dari 84 negara bersama sekitar 35 penerima Hadiah Nobel dalam satu platform ilmiah yang penuh inspirasi.

Acara tahunan yang dijadualkan dari 29 Jun hingga 4 Julai 2025 itu akan memberi fokus kepada bidang kimia, dan menjadi medan pertemuan antara generasi saintis lama dan baharu dari seluruh dunia. Malaysia diwakili oleh tiga tokoh muda yang cukup menyerlah dalam bidang masing-masing:

1. ChM Nur Diyan Mohd Ridzuan, 30 tahun — calon PhD dalam Sains Gunaan (Kimia Gunaan) dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).

saintis muda malaysia

2. Ts Dr Ana Masara Ahmad Mokhtar, 34 tahun — Pensyarah Kanan di Bahagian Teknologi Bioproses, Universiti Sains Malaysia (USM).

saintis muda malaysia

3. ChM Dr Mak Kit Kay, 33 tahun — Pensyarah di Jabatan Kimia Farmaseutikal, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Mereka akan menyertai syarahan eksklusif, perbincangan panel dan sesi interaktif bersama penerima Nobel dalam suasana ilmiah yang santai tetapi penuh berprestij.

Peluang Emas Untuk Perkembangan Diri

Menteri MOSTI, YB Chang Lih Kang, menyifatkan penyertaan ini sebagai satu lonjakan besar buat saintis muda negara.

Kehadiran mereka membuktikan bahawa Malaysia memiliki bakat sains yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Ia juga seiring dengan visi kerajaan untuk memperkasa generasi saintis masa depan melalui pelaburan berterusan dalam bidang STEM,” ujarnya.

Tambah beliau, pendedahan langsung kepada pemikir tersohor dunia mampu membuka pandangan lebih luas serta menjadi inspirasi buat lebih ramai anak muda menyertai bidang sains, teknologi dan inovasi.

Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, turut menegaskan pentingnya usaha menghantar saintis muda ke pentas global seperti ini.

“Ini bukan sekadar peluang pembelajaran, tetapi juga medan mereka memperkenalkan hasil penyelidikan kepada dunia — yang mungkin membuka ruang kerjasama strategik di fasiliti antarabangsa,” katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa ramai tokoh saintis ternama dunia hari ini pernah menghadiri Mesyuarat Lindau pada awal kerjaya mereka termasuk mereka yang kini sebahagian daripada Jaringan Pakar ASM.

Baca juga: Rezeki Tak Salah Alamat, Pemuda Popular Dengan Konten ‘Cleaner Masjid’ Dijemput Tunai Haji Dari Arab Saudi

Sumber: FB MOSTI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×