Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Dalam Bulan Barakah Ini Semua Selesai..”- Farid Kamil & Diana Danielle SAH Bercerai Kali Kedua

farid kamil

Nampaknya konflik keretakan rumah tangga antara pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle telah menemui tanda noktah apabila disahkan telah bercerai talak satu pada pagi tadi.

Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.

Baca juga: Cara Nak ‘Detect’ Suami BERNAFSU Besar Atau Kecil, Suruh Cik Abang Tulis 3 Huruf Ini

FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE SAH BERCERAI KALI KEDUA

farid kamil

Foto: XTRA

Menurut laporan, aktres dan penyanyi, Diana Danielle sebelum ini berharap kes penceraian kali kedua dengan pelakon serta pengarah, Farid Kamil dapat diselesaikan secepat mungkin. Hal ini kerana, Diana sendiri mengatakan dia tetap mahu dilepaskan dari perkahwinan tersebut.

“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali turun naik mahkamah, perkara sama juga.

“Pada akhirnya, saya tetap mahu dilepaskan. Harap dia memahaminya akhirnya...” ujar Diana ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada pagi Isnin.

Terdahulu, Farid dan Diana berdepan masalah rumah tangga sekali lagi selepas rujuk ketika dalam tempoh idah pada perceraian pertama mereka secara Google Meet pada 10 Ogos 2023. Pada 4 November tahun lalu, Diana hadir ke mahkamah bagi membuat pendaftaran rujuk dan kemudiannya memfailkan semula permohonan cerai kali kedua terhadap Farid.

Bagaimanapun, pada 21 Januari lalu, Farid melantik peguam syarie mewakilinya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan sebagai Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi pihaknya.

Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012, dan hasil perkongsian hidup selama 13 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

farid kamil

Foto ketika bersama anak-anak.

*Semoga baik-baik sahaja semuanya selepas berpisah ini demi anak-anak…

Baca juga: Gara-Gara Isteri Tidur Air Liur ‘Basi’ Meleleh, Terus Suami Cerai Dengan Talak TIGA!

Sumber: XTRA, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×