Hasil berjimat cermat selama 21 tahun, seorang lelaki berjaya menabung sebanyak kira-kira RM4 juta. Lelaki berusia 45 tahun itu memulakan simpanannya pada awal 2000-an, selepas mendapat pekerjaan yang stabil.
Dia kadang-kadang bekerja sehingga lewat malam demi mendapatkan wang agar tabungnya mencapai amaun yang ditetapkan.
Baca juga: Tahan Lapar Banyak Kebaikan Yang Orang Tak Nampak, Jangan Asyik Fikir Makan!
BERJIMAT CERMAT SELAMA 21 TAHUN, BERJAYA SIMPAN RM4 JUTA

Dalam usaha menjalani gaya hidup ‘bebas kewangan, bersara awal’ lelaki itu peroleh gaji tahunan kira-kira RM192,000 merangka rancangan teliti untuk menjimatkan 100 juta yen kira-kira RM2.9 juta seawal mungkin.
Dia memegang kepada kata-kata ‘lelaki yang pasti akan berhenti kerja’ sebagai motivasi untuk mengumpul wang. Selama lebih 20 tahun, dia tinggal di asrama syarikat dan hanya membayar RM887 untuk sewa.
Dia juga tidak mengamalkan makan malam dengan makanan berat dan hanya sayur serta semangkuk nasi. Kadang kala hanya minum minuman bertenaga pada waktu malam.
Selain itu, lelaki itu hanya makan keledek sepanjang hari kerana ingin berjimat. Dia juga memilih untuk tidak memasang penghawa dingin. Caranya untuk menyejukkan badan pada musim panas adalah dengan membasahkan bajunya agar kekal sejuk dan hidrat.
Segala usaha yang dilakukan berhasil apabila pada awal tahun ini dia mengumumkan di media sosial bahawa dirinya berjaya mencapai sasaran simpanan iaitu kira-kira 4 juta selepas 20 tahun 10 bulan bekerja untuk syarikat itu.
Walau bagaimanapun, simpanannya kini semakin berkurang kerana nilai Yen menurun sejak awal tahun ini.
*Buat anda yang tertanya-tanya, kisah ini berlaku di Jepun, tapi tiada salahnya jika kita jadikan ia sebagai motivasi.
Baca juga: Buah Rambutan Percuma Ambil Sendiri Di Pokok, Tindakan Pemilik Pokok Dipuji Warganet
Sumber: South China Morning Post
