Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan ini boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jadi jangan biarkan kemurungan menguasai diri dan rawat kemurungan anda dengan segera.
Baca juga: Cendawan Boleh Jadi Pengganti MSG, Masak 10 Jenis Cendawan Ini Untuk Anak
5 TIPS MERAWAT KEMURUNGAN
Berikut merupakan tips merawat kemurungan wanita:
1. Latih minda untuk melupakan kenangan yang pahit
Setiap manusia mempunyai kenangan pahit yang tersendiri. Tetapi jangan biarkan ia terus menghantui diri kerana mempunyai pelbagai kesan buruk. Oleh itu, cuba latih diri untuk melupakan semua kenangan pahit tersebut secara berperingkat dan cuba cari cara untuk mengalihkan perhatian anda daripada terus memikirkannya.
2. Jangan mempunyai perasaan risau yang keterlaluan
Mempunyai perasaan risau adalah wajar tetapi jika ia keterlaluan maka akan ada dua kesan iaitu pertama akan menarik musibah dan masalah yang kedua kesan kepada kesihatan mental dan fizikal.
Perasaan risau akan membuatkan anda senang untuk sedih, takut dan kecewa. Jika anda mudah mempunyai perasaan ini, maka belajar untuk menenangkan diri dan mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang keterlaluan.
3. Senyum dan ketawa
Kadang-kadang orang yang suka ketawa atau membuatkan orang lain ketawa ini adalah salah satu cara mereka hilangkan perasaan negatif daripada diri mereka. Selain itu, dia juga dapat menggembirakan hari-hari orang lain agar dapat membuatkan orang lain rasa bahagia sekaligus boleh membuatkan anda ketawa secara semulajadi. Untuk mengetahui, ketawa ini boleh menghilangkan rasa kecewa dan sedih dalam diri.
4. Sentiasa bersyukur
Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini. Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian oleh Yang Mahu Kuasa termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga akan merasa kebahagiaan hidup.
Begitu juga apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.
5. Menjadi seorang pemaaf
Menjadi seseorang yang pemaaf memang bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan kerana seorang pemaaf harus lah memiliki hati yang besar. Selain itu, menjadi seorang pemaaf dapat memberikan ketenangan yang luar biasa dalam hidup serta kebahagiaan.
Sumber: TeensHealth