Rakyat

Tak Pernah Mandi Selama 67 Tahun, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Pertama Kali Mandi

1
SHARES

Seorang lelaki di Iran meninggal dunia pada usia 94 tahun dan dia difahamkan tidak pernah mandi selama 67 tahun kerana bimbang akan dijangkiti penyakit.

Amou Haji digelar ‘lelaki paling kotor di dunia’ kerana mengelak daripada mandi. Pada awal tahun ini, jiran-jiran telah berjaya memujuknya untuk mandi selepas memberitahu jika tidak mandi, ia akan menyukarkan Amou untuk mencari kawan dan teman hidup.

Baca juga: “Perut Tak Membesar…” Ibu Kongsi Kisah ‘Baby Ajaib’ Viral, Period Ada Je Setiap Bulan…

TAK PERNAH MANDI SELAMA 67 TAHUN, LELAKI MENINGGAL DUNIA

Lelaki itu hanya memakan bangkai landak mentah yang mati dilanggar dan minum air lopak jalan yang diisi di dalam tin minyak berkarat. Selepas pertama kali mandi, dia difahamkan jatuh sakit dan meninggal dunia pada Ahad lalu, lapor The Sun.

Haji dilaporkan melompat dari kereta yang sedang bergerak kerana enggan mandi. Penduduk kampung terpaksa mengikatnya dan dibawa ke sungai.

Ada juga dalam kalangan jiram-jiram yang datang untuk mengejek dan membaling batu ke arah Haji yang tinggal hanya di dalam sebuah pondok batu.

Kisah lelaki itu menarik minat para saintis dan mereka terkejut kerana mendapati Haji tidak dijangkiti sebarang bakteria meskipun tidak mandi.

Dia hanya dijangkiti parasit Trichinosis, sejenis bakteria yang menjangkiti individu yang memakan daging mentah dan menyebabkan jangkitan biasa.

Sebuah filem dokumentari pendek bertajuk ‘The Strange Life of Amou Haji’ juga telah diterbitkan pada 2013 bagi menceritakan mengenai kehidupannya.

Sumber: The Sun 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×