Asuh

10 Tanda Anak Perempuan Ada Bonding Yang Kuat Dengan Si Ibu…

12
SHARES

Setiap anak mempunyai karekter tersendiri dan berbeza-beza. Ada yang lebih manja dengan ibu dan ada pula yang lebih manja dengan ayah. Biasanya, anak perempuan dikatakan rapat dengan si ayah kerana lebih memahami namun, tak salah sebenarnya jika anak perempuan lebih rapat bersama si ibu.

Berikut merupakan 10 tanda anak perempuan mempunyai bonding yang kuat dengan ibu. Ibu-ibu di luar sana wajib tahu. Ikuti perkongsiannnya di bawah.

Baca juga: Ingatkan Tabiat Anak Gesel Gigi Sebab Gangguan Jin, Rupanya Sebab Ini…

10 TANDA ANAK PEREMPUAN ADA BONDING YANG KUAT DENGAN SI IBBU

1. Mudah merajuk tapi sangat senang dipujuk.

Sifat anak perempuan memang sinonim dengan sifat mudah merajuk namun, kalau ada hubungan baik dengan si ibu pasti mudah dipujuk.

2. Kadang ada yang dipendam tapi mudah memaafkan.

3. Dia ada ‘positive self-image’ iaitu dia merasa baik tentang dirinya sendiri.

4. Walaupun dia ada kawan rapat tapi dia lebih selesa untuk meluahkan sesuatu perkara pada ibunya sendiri.

5. Dia akan merasa sangat bersalah jika dia membuat kesalahan tanpa pengetahuan ibunya.

Rasa bersalah kerana ibu merupakan kawan rapat anak tetapi jika kesalahan yang dilakukan tanpa diketahui ibu, pasti dia tidak senang duduk.

6. Dia mungkin ada terjebak dan terpengaruh dengan kawan kawan tapi sangat mudah untuk tersedar daripada kesilapannya.

7. Dia akan suka bertanyakan pendapat ibunya dibandingkan pendapat orang luar.

8. Walaupun mungkin selalu dimarahi tapi dia tak mudah berdendam dan terasa hati.

Jika anak perempuan mempunyai bonding yang bagus dengan si ibu, mereka lebih mudah tidak terasa hati dan tidak berdendam.

9. Kadang mungkin dia tak bersetuju dengan pendapat kita tapi dia tak biadap untuk mempertahankan pendapatnya.

Setiap anak pasti mempunyai pendapat sendiri namun, tidak biadap dalam mempertahankan pendapatnya sendiri dan sentiasa menerima pendapat orang lain juga.

10. Selepas Allah dan Rasul, dia akan utamakan ibunya melebihi apa pun yang ada di dunianya.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×