Asuh

Ingatkan Tabiat Anak Gesel Gigi Sebab Gangguan Jin, Rupanya Sebab Ini…

135
SHARES

Masalah gigi bergesel sering dialami oleh kanak-kanak dan tabiat ini dikaitkan dengan saka atau gangguan jin seperti yang selalu dikatakan oleh orang-orang tua.

Walaubagaimanapun, tabiat ini disangkal oleh Public Health Malaysia dan menasihati ibu bapa agar tidak menghukum anak yang mempunyai masalah menggesel gigi ketika tidur. Ini kerana pelbagai faktor mempengaruhi dan ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

Baca juga: [VIDEO] Doktor Kongsi Tips Elak Anak Kuat Melekat & Menangis Bila Mak Ayah Hilang

INGATKAN TABIAT ANAK GESEL GIGI SEBAB JIN, RUPANYA SEBAB INI…

Jangan terlalu mudah menghukum anak sebagai anak yang bermasalah hanya kerana mereka ada tabiat menggeselkan gigi semasa tidur.

Kajian telah membuktikan, tabiat ini tiada kaitan dengan tingkahlaku negatif kanak kanak. Tabiat ini sangat biasa dalam kalangan kanak kanak. 17-20% kanak kanak pernah alami situasi ini dan ia akan hilang sendiri apabila mereka meningkat dewasa.

Menurut perkongsian di Facebook Rasmi milik Public Health Malaysia, anak yang mempunyai tabiat menggeselkan gigi semasa tidur mungkin mengalami stress dan mempunyai masalah gigi tidak tersusun.

Selain itu, posisi tidur tidak betul juga antara faktor menyebabkan si anak ada tabiat menggesel gigi dan ada kaitan dengan perubahan hormon.

Jadi, ibu bapa perlu bimbang dan dapatkan pemeriksaan lanjut jika ia mengganggu tidur sehingga menyebabkan kanak kanak penat keesokan hari, kesakitan seperti ada trauma dan berdarah serta gigi menjadi sensitif kepada air sejuk dan panas.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×