Famili

Demi ‘Content’ Ibu Bapa Sendiri Sanggup ‘Upload’ Aib Anak, Hentikan!

386
SHARES

Sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat kini, di mana memuat naik gambar atau video anak-anak di media sosial ibu bapa masing-masing. Ada yang bercerita kebaikan anak dan tak lari juga cerita yang boleh mengaibkan anak, yang mungkin tanpa disedari oleh ibu bapa itu sendiri.

Rentetan itu, satu penulisan nasihat telah dibuat oleh Ustazah Sharifah Zahidah berkenaan aib anak yang dipamerkan di dalam media sosial untuk tatapan umum sehingga mencetuskan perbandingan anak-anak masing dan komen-komen yang berbaur negatif dari netizen. Semoga perkongsian nasihat ini beri manfaat kepada ibu bapa sekalian.

Baca juga: Letak Vape Di Mulut Bayi 7 Bulan, Peniaga Ditahan Polis

HENTIKAN PEMBULIAN MEDIA SOSIAL, DARAH DAGING SENDIRI

Gambar: Tangkap layar dari video yang dipercayai dimuat naik oleh ibu kepada kanak-kanak itu sendiri.

Duhai ibubapa, tutuplah aib anak-anakmu!

Janganlah demi secebis content, kita aibkan anak sendiri di sosial media. Kita tunjuk perangai tak semenggah dia depan semua orang. Akhirnya, jiwa yang sesuci anak kecil ini dibenci orang.

Lihatlah dalam komen, betapa ramai yang memandang jelek, menyampah dan tak senang dengan perbuatannya.

Ada juga yang membanding-bandingkan beliau dengan anak-anak sendiri. Jika kita sendiri tak suka dibandingkan, kenapa buka ruang anak sekecil ini dibanding-bandingkan orang?

Teguran ini bukan untuk si ibu ini saja sebab, yang buat macam Puan ini sangat ramai dah. Bezanya tak viral saja.

Komentar “Biarlah, nak simpan buat kenangan” sebagai alasan nak pos benda-benda peribadi ni di media sosial adalah pandangan yang cukup tak masak.

Nak simpan buat kenangan sendiri, boleh saja pos dan private kan. Jika dijaja seluruh dunia, itu mendamba perhatian namanya.

HARI INI ‘PUBLIC SHAMING’ DILAKUKAN SENDIRI OLEH IBU BAPA

Gambar: Komen-komen yang dibuat oleh netizen di video tersebut.

Jika sebelum ini kita dihidang dengan berita PUBLIC SHAMING anak-anak oleh rakan sekelas atau kaki pembuli, tapi hari ini, yang melakukan public shaming ke atas anak-anak adalah ibu bapa sendiri!

Hentikan pembulian media sosial ke atas darah daging sendiri dengan menjadikan anak sebagai content! Jika tiada yang baik, simpan! Jika ada yang benar-benar baik tanpa mengundang fitnah, barulah kongsikan!

Betapa terlukanya hati saya, jika saya adalah anak sekecil ini yang belum sempurna akalnya tapi sudah perlu berdepan dengan kecaman netizen gara-gara jari sang ibu yang ketagih perhatian media; wanita yang sepatutnya paling tahu menjaga maruah dan air muka kita!

Maaf Puan, saya ambil contoh kisah Puan sebagai usaha untuk saya hentikan budaya tak sihat ini sebab video ini puan sendiri pos, bukan orang lain rakam, orang lain pos.

Moga ini kali terakhir content public shaming ke atas anak-anak kecil menjadi viral. Allahualam.

Sharifah Zahidah,

10 Ogos 2022.

#sebelumsenja 

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×