Famili

Kucing Pun Ada Majlis Perkahwinan Tau, Siap Ada Kad Undangan Tetamu!

2
SHARES

Lazimya majlis perkahwinan menyaksikan penyatuan antara dua manusia namun lain pula yang berlaku di Yaman apabila majlis perkahwinan diadakan untuk haiwan peliharaan dan sangat meriah.

Perkara tersebut sudah tentunya tular di media sosial dan amat jarang didengari oleh ramai. Majlis perkahwinan antara dua ekor kucing itu lengkap dihadiri saksi.

Baca juga: [VIDEO] Wanita Terkejut Jumpa 3 Ekor Anak Kucing Dalam Guni Yang Diikat

KUCING PUN ADA MAJLIS PERKAHWINAN TAU, SIAP ADA KAD

Lebih menariknya, proses perkahwinan kedua-dua ekor kucing itu sama seperti prosedur perkahwinan manusia lengkap dengan pakej jemputan dan sorakan tetamu yang hadir.

Memetik artikel News Middleeast, terdapat rakaman video yang dirakam oleh masyarakat di sana dan menunjukkan kejadian serta suasana ketika majlis perkahwinan berlangsung.

Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat seorang lelaki memegang sehelai kertas dan membacakan kontrak perkahwinan antara kucing tersebut.

Setelah selesai membaca kontrak, lelaki tersebut menandatanganinya dan mengambil cap jari kedua-kedua kucing serta mengecop dokumen sebagai tanda persetujuan.

Menurut saksi, majlis itu dimulakan dengan eedaran kad jemputan rasmi kepada orang terdekat. Jemputan majlis terdiri daripada penduduk yang berada di kawasan berkenaan.

Sumber melaporkan  kejadian itu berlaku di daerah Al-Mualla di ibu negara, Aden. Perkahwinan itu dianggap sebagai perkahwinan paling aneh.

Majlis akad nikah dibuat secara rasmi dan kontrak tersebut ditulis oleh seseorang yang pandai dan mempunyai kuasa undang-undang.

Sumber: News Middleeast

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×