Famili

[VIDEO] Wanita Terkejut Jumpa 3 Ekor Anak Kucing Dalam Guni Yang Diikat

45
SHARES

Tular di media sosial Indonesia satu video memaparkan seorang wanita menjumpai tiga ekor anak kucing yang dipercayai dibuang dan terikat dalam sebuah guni.

Video yang dimuat naik oleh @memomedsos di laman Instagram itu memperlihatkan wanita berkenaan dengan pantas membuka ikatan guni tersebut untuk membebaskan kucing-kucing berkenaan.

Baca juga: [VIDEO] Ikut Trend, Sekumpulan Kanak-Kanak Baring & Bermain Di Tengah Jalan Raya Sesak

WANITA TERKEJUT JUMPA 3 EKOR ANAK KUCING DALAM GUNI

Jelas kelihatan menerusi video itu ketiga-tiga ekor kucing mempunyai warna yang berbeza iaitu dua ekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna oren.

Pemilik akaun turut mendakwa bahawa kucing itu sengaja dibuang oleh pemiliknya. Menurut warganet, sekiranya kucing itu tidak lagi diinginkan, pemiliknya boleh sahaja membuang kucing-kucing tersebut di pasar atau kedai makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Tambah warganet lagi, tindakan memasukkan kucing-kucing tidak bersalah itu dalam sebuah guni lalu diikat seolah-olah memiliki niat untuk membunuh.

“Kalau tak suka atau banyak sangat kucing dekat rumah, janganlah buang dengan cara macam ini. Macam nak bunuh kucing,” luah warganet.

“Letak sahajalah di kedai makan atau pasar yang senang untuk dia cari makanan,” komen warganet.

Video tersebut sudah tentunya mengundang perasaan marah dan sedih terutamanya bagi mereka yang menyukai kucing. Ruangan komen sudah tentunya dibanjiri reaksi negatif kerana geram tindakan tidak masuk akal itu dan beranggapan bahawa tindakan itu sangat kejam.

Sumber: Memomedsos & Portal Pekalongan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×