Bagi yang bakal menjadi ibu, semestinya ramai daripada mereka amat teruja apabila mendapat berita gembira itu. Namun, cukupkah ilmu anda tentang pantang larang berkenaan dengan pemakanan yang harus di elakkan oleh ibu yang sedang mengandung?
Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Seorang pengguna TikTok @nadiasulaiman81 telah berkongsi berkenaan dengan makanan yang harus dielakkan oleh ibu yang sedang hamil.
Baca juga: Punca Bayi Alami Sindrom Flat Head & Ini 6 Bantal Yang Sesuai Untuk Mereka
4 MAKANAN YANG HARUS DI ELAKKAN OLEH WANITA YANG SEDANG MENGANDUNG
Apabila bergelar wanita mengandung, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang pantang larang dalam aspek pemakanan.
Ada pelbagai sebab yang memerlukan anda lebih berhati-hati dalam pengambilan pemakanan semasa mengandung. Anda perlu mengetahui apakah jenis makanan yang selamat dimakan dan yang perlu dielakkan.
Sesetengah makanan mengandungi toksin yang boleh membawa kecacatan kepada bayi dalam kandungan, manakala sesetengah yang lain mengandungi bakteria yang disebarkan melalui makanan yang boleh melemahkan sistem imun anda dan mengakibatkan kerosakan kepada janin.
Antara 4 makanan yang harus di elakkan oleh ibu yang sedang mengandung adalah:
1. Ikan tuna dan makarelJika isteri ingin makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri seperti ikan makarel raja, ikan tuna atau ikan todak, elakkan memberi makanan tersebut kepada mereka. Ia merupakan makanan dilarang ketika hamil!
Merkuri yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf serta perkembangan penglihatan dan pendengaran pada janin.
2. SushiSemestinya ramai yang minat makan sushi. Akan tetapi, bagi wanita yang sedang mengandung, anda tidak seharusnya makan sushi kerana sushi banyak ikan mentah dan bakteria.
3. Daging yang separuh masakKadangkala, daging atau ayam yang dimakan tidak masak sepenuhnya. Mungkin daging tersebut masih kelihatan kemerah-merahan atau mengeluarkan darah. Hidangan mentah sebegitu adalah makanan dilarang ketika hamil.
Makanan berdaging separuh masak boleh mengandungi parasit Toxoplasma. Ia boleh menyebabkan kecacatan pada perkembangan janin, keguguran atau kematian janin.
4. Telur separuh masakTelur separuh masak berisiko untuk dicemari bakteria seperti Salmonella. Bakteria salmonella bukan sahaja boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah, tapi ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan lemah sistem pertahanan badan.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang sebenarnya perlu dielakkan semasa mengandung. Justeru, adalah penting untuk anda mengingati senarai makanan yang perlu anda hindari bagi memastikan perkembangan kandungan yang sihat.
Video penuh:
@nadiasulaiman81 elak 4 makanan ini #ibuhamil #tipsformomtobe #momandbaby #preggyproblems #pregnacyfood
Sumber: TikTok @nadiasulaiman81 , HelloDoktor