Famili

Tunaikan Zakat & Menangi Simpanan Tabung Haji Keseluruhan Bernilai RM17,000!

2.4K
SHARES

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan dan Hari Raya, ramai yang berlumba-lumba membayar zakat fitrah. Tapi, jangan pula lupa zakat-zakat lain tau!  Eh, ada zakat lain selain zakat fitrah?

Haa..kalau anda nak tahu, terdapat banyak lagi jenis harta selain zakat fitral yang wajib ke atas setiap Muslim sekiranya memenuhi syarat-syarat tertentu.

Antaranya ialah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat emas dan perak dan zakat takaful. Setiap zakat juga adalah bebeza dari segi kiraannya. Mesti anda tertanya-tanya, siapa yang uruskan zakat dan kemana wang tersebut diagihkan?

Haa..jom kami kongsikan!

Bayar zakat dan menangi hadiah menarik sambil berkongsi dengan asnaf

Facebook Lembaga Zakat Selangor

Untuk pengetahuan anda, setiap negeri mempunyai pusat zakat tersendiri dan bagi negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) merupakan pemegang amanah yang dilantik oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat anda.

Selain itu, LZS juga bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah, memudahkan urusan pembayaran dan mengagihkan zakat dengan telus kepada yang berhak.

Cakap pasal zakat, anda dah bayar ke zakat? Kalau belum, inilah masanya untuk anda berbuat demikian, kerana anda berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM17,000!

Untuk pengetahuan anda, LZS bersama-sama Rakan Sinergi Tabung Haji  kini mengadakan peraduan Jom Tunai Zakat: Menang  & Kongsi bermula 15 November 2021 sehingga 31 Disember 2021 ini.

Cara nak sertai pun mudah sangat, hanya dua langkah je untuk anda bawa pulang hadiah tersebut. Anda hanya perlu:

  1. Tunaikan zakat di mana-mana platform Lembaga Zakat Selangor (online, ejen LZS atau cawangan LZS)
  2. Layari https://my2point5.zakatselangor.com.my untuk menyertai peraduan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2021.

Antara hadiah menarik yang bakal anda menangi adalah:

Hadiah Utama 

1x Simpanan Tabung Haji bernilai RM5,000

Hadiah Kedua

1x Simpanan Tabung Haji bernilai RM3,000

Hadiah Ketiga

1x Simpanan Tabung Haji bernilai RM2,000

Hadiah Keempat

1x Simpanan Tabung Haji bernilai RM1,000

Hadiah Saguhati

10x Simpanan Tabung Haji bernilai RM600

*Tertakluk terma dan syarat

Yang menariknya, sekiranya anda menang, anda berpeluang untuk berkongsi hadiah yang dimenenangi dengan asnaf. Kan best tu, sambil menang, dapat pula bersedekah kepada yang memerlukan.

Pada masa yang sama, ia juga menjadi galakan dan tarikan kepada generasi muda untuk tunaikan kewajipan zakat.

Apa tunggu lagi, jom jalankan tanggungjawab anda dengan menunaikan zakat hari ini!

Jadi, marilah sama-sama tunaikan zakat bagi membantu mereka yang memerlukan. Ingat, mungkin sedikit bagi anda, tetapi segalanya buat mereka.

Nak bayar zakat pun dah mudah sangat sekarang, dimana anda boleh tunaikan zakat menggunakan perkhidmatan e-wallet dan secara online di sini. Tak payah akad pun, zakat tetap sah!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Jom Tunai Zakat: Menang  & Kongsi, anda boleh layari laman web https://my2point5.zakatselangor.com.my serta ikuti Facebook dan Instagram LZS.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×