Dapur

Cara ‘Rahsia’ Bancuh Teh Ais Padu, Tak Cari Di Kedai Dah!

8.1K
SHARES
cara bancuh teh ais

Sebut sahaja teh ais, ia merupakan minuman yang sering dijadikan pilihan tidak kiralah sama ada di kedai ataupun dibeli di gerai-gerai yang dijual di tepi jalan. Minum ketika cuaca hari panas memang cukup puas!

Bagi peminat minuman ini, sudah pasti akan mencari teh ais yang pekat manis berlemak untuk melegakan dahaga tekak dek kepanasan cahaya matahari. Jangan khuatir sekiranya sukar untuk mendapatkan rasa seperti yang diidamkan anda, kerana  wanita ini ada berkongsikan ‘rahsia’ bancuh teh ais pekat manis berlemak hingga boleh buat terliur.

Baca juga: Cara Buat Telur Dadar ‘Crispy’ Macam Kedai Tomyam

CARA BUAT TEH AIS PADU!

Untuk 1 cup macam ni saya masukkan:

-2 atau 3 sudu serbuk teh,

-Saya guna TEH BARRA rendam dengan air betul-betul panas, saya guna air panas cuckoo ja .

Biar smpai air teh tu suam, tapis guna penapis macam kedai makan tu, pastu tambah susu ikut nak manis mana, tambah 2@3 sudu susu cair, fuhhhh lagi lemak-lemak.

teh ais sedap

Kalau korang nak buat dalam jug, sila gandakan teh ya..Jangan tambah air lagi lepas bancuh, nanti ceroii…Betul-betul pati teh je..

Jom cuba!

Sumber: Miz JueJue

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×