Dapur

Rupanya Ini Cara Nak Simpan Kicap Dengan Betul…

42
SHARES

Pergi sahaja ke dapur rumah siapa pun, antara bahan penambah perasa makanan seperti kicap wajib ada! Enak dimakan bersama nasi atau dimasukkan bersama dalam masakan tertentu, kicap menjadi barang wajib apabila anda keluar membeli barang keperluan rumah. Tapi, mungkin ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah cara penyimpanan yang betul bagi kicap? Adakah sama seperti sos yang perlu diletakkan dalam peti sejuk selepas dibuka?

Artikel berkaitan: Jangan Tambah Garam, Gula, Kicap & Sos Dalam Makanan Bayi Setahun Ke Bawah!

DEKAT MANA NAK SIMPAN KICAP DENGAN BETUL?

Menurut Doktor Fatimah Salim dan Doktor Ilzanno Sharky menerusi group Makmal Makanan, mereka menyatakan bahawa tidak perlu simpan kicap di dalam peti sejuk kerana kicap mempunyai kandungan garam yang amat tinggi. Kandungan garam yang tinggi ini meningkatkan kepekatan kicap sehingga ke tahap tiada organisma boleh tumbuh di dalamnya.

Sama seperti madu yang mana mempunyai kadar kepekatan yang amat tinggi. Jadi ia tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Namun yang berbezanya madu mempunyai kepekatan gula manakala kicap mempunyai kepekatan garam.

TUTUP DENGAN RAPAT KALAU TAK MASUK PETI SEJUK

Walaubagaimanpun, pastikan botol penutup kicap tersebut ditutup rapat jika tidak dimasukkan ke dalam peti. Ianya adalah kerana apa-apa kandungan luar seperti air (kadar humiditi atau kelembapan udara di dapur di Malaysia ini selalunya tinggi), serangga dan lain-lain berpotensi merosakkannya.

Pastinya sudah kebiasaan bagi anda kalau melihat atau ternampak kulat di penutup atau sekeliling penutup botol kicap ini. Hal tersebut terjadi adalah kerana kadar kelembapan udara yang tinggi. Jadi untuk lebih selamat simpan sahaja dalam peti. Ianya tidak akan mengubah rasa mahupun kualiti kicap tersebut pun.

Sumber: Makmal Makanan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×