Buat anda yang mempunyai perabot di dalam rumah berasakan kayu, pastinya tidak pernah terlepas mengalami masalah berkaitan anai-anai bukan? Habislah semua perabot yang baru sahaja dibeli ‘diratah’ oleh anai-anai!
Sudah pelbagai cara yang telah digunakan untuk menghapuskan anai-anai ini namun masih tidak berjaya. Jadi apa kata kita cuba salah satu tips menggunakan minyak tanah dan garam kasar dijadikan dalam bentuk semburan untuk mengapuskan anai-anai di rumah. Katanya memang menjadi!
DIY SEMBURAN HALAU ANAI-ANAI
Alhamdulillah… Dari perkongsian sahabat-sahabat kita.. akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Moga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi seperti artikal yang diberikan sahabat kita sebelum….
Bahan-bahan pembasmi anai-anai yang digunakan
1) Minyak tanah 2kg (agak-agak 2 botol meneral)
2) Garam kasar 2kg (dalam 2 beg)
Cara-Cara
-Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas (saya guna tin thiner).. biarkan semalaman.. dan keesokannya mulakan operasi.
Hasilnya..terbaik! Bersidai semua anai-anai yang kena tu..hahaha…Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak..Moga berguna untuk semua.
Info tambahan:
1.Sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
2.Simbah dekat anak-anai dan lebihkan dekat sarang.
3.Guna botol dan tebuk penutupnya, kemudian taburkan lebihan garam tersebut untuk elak anai-anak ‘meratah’ kayu di rumah.
4.Untuk kawasan atas tanag mungkin kena lebih kerap, maksimum 3 kali baru menjadi.
5.Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam.
Sumber: Cucu Atok D’Pallet