Setiap wanita mesti nak kulit nampak muda kan? Sebenarnya, pilihan makanan yang tepat boleh melambatkan proses penuaan kulit seperti garis-garis di muka dan perubahan tona kulit tau. Jadi, jom tengok makanan apa yang boleh membantu menjadi agen anti-penuaan!
1.Lada Benggala Merah
Lada benggala mempunyai vitamin C dan antioxidants yang tinggi. Ia mengandungi karotenoid iaitu sejenis pigmen yang terdapat di kebanyakan buah berwarna merah, kuning dan oren untuk melindungi kulit dari toksik dan pencemaran udara.
2.Betik
Buah betik kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu memulihkan kulit dan mengurangkan garis kedutan. Selain itu, betik juga membantu menyihat dan beri kesan glowing kepada kulit.
3.Blueberi
Buah beri mempunyai kandungan vitamin A dan C yang sangat tinggi. Ia juga membantu untuk mengekalkan kolagen dan mengurangkan kedutan dan perubahan warna kulit.
4.Brokoli
Brokoli penuh dengan khasiat vitamin C dan K serta anti oksidan. Vitamin C menghasilkan kolagen yang memberikan keanjalan kepada kulit.
5.Bayam
Bayam bukan sahaja berfungsi untuk anti penuaan.Ia juga melicinkan kulit dan menguatkan akar rambut. Bayam mempunyai vitamin K yang boleh mengurangkan keradangan dalam sel.
6.Kacang
Kebanyakan kacang, seperti almond kaya dengan vitamin E. Ia bertindak memperbaharui kulit yang mati, melembapkan kulit dan melindungi kulit dari cahaya UV.
7.Avokado
Avokado tinggi dalam melawan radang asid lemak yang akan membuatkan kulit licin dan gebu. Ia juga mempunyai vitamin K, C, E, A dan potasium untuk melambatkan proses penuaan.
8.Ubi keledek
Ubi keledek kaya dengan vitamin C dan E. Ia membantu melindungi kulit dari segala kekotoran untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit.
9.Buah Delima
Buah delima terlalu banyak khasiatnya. Ia mempunyai kompaun yang dipanggil ‘punicalagins’ yang kaya dengan kolagen dan melambatkan penuaan kulit.
Kebanyakan makanan ini adalah sumber vitamin yang diperlukan dalam tubuh badan. Nak nampak forever 21, kenalah cuba!