Rakyat

9 Benda Kegunaan Harian Yang Anda Tak Tahu Sebenarnya Ada ‘Expired Date’

400
SHARES

Selalu ramai dalam kalangan kita tahu bahawa makanan atau produk kesihatan dan kosmetik yang mempunyai tarikh luput bukan? Tapi, banyak lagi benda dalam kehidupan seharian kita yang mempunyai tarikh luput juga. Ada dalam senarai barang tersebut yang kita sendiri tidak jangka mempunyai tarikh akhir dan kita tetap menggunakannya. Patutlah kadang-kadang rasa macam ada yang tidak kena sahaja dengan barang yang kita miliki tersebut!

1. Bantal- Dua ke tiga tahun

Biasalah bila dah tidur nyenyak, bantal kita akan mula terdedah dengan habuk dan air liur. Bila anda bangun pagi dan mula bersin dengan kerap, ini menunjukkan bahawa bantal anda sudah perlu ditukar baru.

2. Kasut sukan – Enam bulan ke setahun

Menurut National Institute of Health, mereka mencadangkan anda untuk tukar kasut sukan selepas enam bulan atau setahun. Bagi anda yang selalu bersenam dan melakukan aktiviti bersukan, sudah pasti kasut sukan pun akan kurang ‘cengkaman’ dan kaki pun akan kurang selesa.

3. Rempah ratus- 3 tahun

Setiap jenis rempah mempunyai tarikh luput yang berbeza. Ini juga bergantung kepada jenis rempah sama ada rempah kering atau rempah yang digiling. Bila warna dan rasa rempah pun dah semakin pudar atau berkurangan, itu tandanya rempah di dapur anda sudah boleh diganti baru.

Ini antara senarai jenis rempah yang anda boleh semak.

4. Tuala- 3 tahun

Tuala dah tak boleh serap air? Ini tandanya anda perlu menukar tuala yang baru. Bila dah tuala asyik tak serap air, ini akan menjadikan tuala anda kekal basah. Masa inilah, bakteria akan berkumpul di tuala dan akan bau busuk! Jadi, kena beli tuala yang baru ya.

5. Berus gigi- Tiga bulan

Siapa cakap boleh guna berus gigi yang sama selagi berus gigi tu tak berkurangan? Salah sebenarnya, walaupun berus gigi anda masih kelihatan seperti baru selepas 3 bulan, anda perlu juga menukarnya. Tapi, jangan buang pula berus gigi yang lama kerana anda boleh gunakan untuk mencuci bahagian sempit di dalam rumah.

6. Sponge make-up- Tiga bulan

Nak bersolek pun kena jaga juga tau! Hal ini kerana sponge make-up atau Beauty Blender mempunyai tarikh luput iaitu 3 bulan selepas beli. Jika anda dapat rasakan kulit dah mula rasa gatal-gatal, itu maknanya anda dah boleh tukar span make-up yang baru.

7. Sikat rambut- Enam bulan

Bukan sahaja rambut yang boleh berkumpul dalam sikat tapi habuk, minyak dan sel kulit mati juga. Jadi, setiap kali anda menggunakan sikat, ini sahaja yang akan melekat di sikat anda. Jadi, pastikan anda selalu membersihkan sikat selepas anda guna.

8. Pakaian dalam- Satu ke dua tahun

Bila dah kerap dicuci tidak kira sama ada menggunakan mesin basuh atau secara sendiri, bentuk dan kain pakaian dalam akan berubah bentuk dan akan menjadikan pemakaian anda kurang selesa. Jadi, inilah masanya untuk anda beli pakaian dalam yang baru.

9. Power extension

Power extension pun ada tarikh luput? Ya! Jika anda dapat rasakan bila anda guna plug terlalu lama dan menjadi panas, memang kena beli yang barulah. Kalau tidak, anda mungkin akan terdedah dengan bahaya seperti banyak kes plug meletup semasa anda ‘charge’ telefon.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×