Didik

Selamat Ke Makan Ubat Yang Dah Expired? Ini Penjelasan Ahli Farmasi

90
SHARES

“Eh.. Elok lagi ke ubat ni?? Boleh consume lagi ke..?”

Setiap kali berjumpa doktor, doktor akan bekalkan pesakitnya dengan ubatan yang secukupnya. Tapi, bagi sesetengah orang, ubat yang diberikan tu terlalu banyak untuk mereka. Jadi, lebihan ubat itu perlulah disimpan untuk kegunaan masa akan datang. Walau bagaimanapun, adakah ubat yang disimpan dan telah capai tarikh luput boleh digunakan lagi? Ini penjelasan ahli farmasi tentang penggunaan ubat yang telah disimpan lama.

Ubat Expired: Boleh Guna Ke?

Soalan: Berapa lama ubat atau supplement masih selamat digunakan selepas expiry date? Adakah ia selamat?

Jawapan: Tidak digalakkan menggunakan ubat yang telah tamat tarikh luput.

SUPPLEMENTS/UBAT BIJI

Apabila disimpan dengan cara dan tempat yang betul, ubat biji atau supplements di dalam strip atau blister biasanya tidak mengalami perubahan dari segi warna, rupa ataupun menjadi rosak walaupun telah sampai tarikh luputnya. Namun begitu, bahan aktif dalam ubat tersebut mungkin telah mengalami proses degradation. Dengan kata lain, keberkesanan ubat tersebut mungkin menurun disebabkan oleh bahan aktif yang telah di berkurang. Kelembapan, suhu yang tinggi dan terdedah kepada cahaya matahari boleh menjadikan proses degradation menjadi lebih cepat.

UBAT CECAIR

Berbeza pula dengan ubat cecair, ubat sirap antibiotik, ubat titis dan ubat insulin. Ubat-ubat jenis ini harus ditulis tarikh buka kerana tarikh luputnya adalah berdasarkan tarikh ia dibuka. Jika ia belum dibuka, maka tarikh luputnya adalah tarikh yang tertera pada botol/bekas tersebut.

Contohnya;

Kulat pada penutup ubat selepas 3 bulan dibuka (simpan pada suhu bilik).

1.Ubat cecair: 1- 2 bulan dari tarikh dibuka.

2.Ubat titis hidung/mata/telinga: 1 bulan dari tarikh dibuka.

3.Ubat sirap antibiotik: 1 minggu dari tarikh dibancuh (simpan di dalam peti sejuk).

4.Ubat insulin: 1 bulan selepas digunakan (simpan dalam pen insulin pada suhu bilik).

Kulat pada botol ubat selepas 3 bulan dibuka (simpan pada suhu bilik).

Tidak digalakkan untuk menggunakan apa jua ubat atau supplements setelah sampai tarikh luput. Sentiasa periksa keadaan ubat. Elakkan menggunakan ubat yang telah berubah warna, rupa ataupun rosak walaupun belum sampai tarikh luput.

Nota kaki

Itulah sebabnya ubat yang dibekal adalah bersesuaian dengan keperluan pesakit. Kalau banyak-banyak nanti, tak habis pula. Apabila tak habis, simpan sampai expired. Lepas tu buang. Kan dah membazir namanya. Membazir itu kan amalan syaitan. Tak ke begitu?

Belajar sesuatu? Periksa ubat sebelum guna

Sumber: Salinda Sopian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×