Famili

8 Usahawan Tempatan Kongsi Pengalaman Berniaga Semasa Pandemik Dengan K-Shoppe, Terkesan Atau Tidak?

125
SHARES

Pernah lihat cawangan K-Shoppe di mana-mana? Ia bukan kedai biasa kerana inilah inisiatif terbaik oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang telah membantu ramai usahawan tempatan memasarkan produk keluaran mereka.

Untuk pengetahuan anda, agrobazaar K-Shoppe merupakan outlet yang dimiliki oleh usahawan yang dinaiktaraf menjadi outlet di bawah bimbingan FAMA serta memfokuskan aktiviti permborongan dan peruncitan produk proses keluaran industri asas tani.

Memang ramai yang terkesan akibat pandemik, tapi bagaimana dengan usahawan tempatan yang menggunakan K-Shoppe? Jom kita lihat pengalaman mereka berniaga sepanjang pandemik ini.

Dhiraar, 34 – ‘mendapat kepercayaan pelanggan’

Orang Sabah wajib tahu tentang Dhirar, pengasas Syarikat Dir Rich Global Sdn Bhd yang menjalankan pembuatan dan pengedaran produk berasaskan bakeri seperti aneka kek lapis, kek hiasan, roti dan biskut.

Paling istimewa, kek lapisnya segar dengan citarasa sesuai untuk semua peringkat umur. Lebih-lebih lagi dengan K-Shoppe, produk dan kedainya semakin dikenali.

Nazirah, 52 – ‘jual produk melalui ejen dan dalam talian’

Siapa kata wanita tak mampu majukan perniagaan? Silap besarlah. Nazirah, pengasas Azyra Enterprise telah memajukan perniagaannya menjual bahulu selama 15 tahun tau. Legend la.

Ramai yang sudah tergoda dengan bahulu pelbagai perisanya. Semasa pandemik, Nazirah fokus kepada jualan melalui ejen dan jualan dalam talian. Cabaran dalam penghantaran dan pembungkusan kepada pelanggan perlu dihadapi semasa pandemik.

Bersama K-Shoppe, syarikatnya banyak membantu memasarkan produk usahawan setempat dengan pelantikan ejen. Secara tidak langsung, K-Shoppe FAMA membuka ruang pasaran kepada penduduk setempat.

Noormala, 48 – ‘persaingan sihat dalam perniagaan’

Kalau tadi sudah dikira legend, ini apatah lagi. Noormala, pengasas Cahaya Mala Enterprise mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam industri makanan sejuk beku. Perniagaannya terkenal sebagai Otak-Otak Melaka.

Otak-otak daun nipah, popia otak-otak, sata daun, bebola sata, tofu sata, tofu otak-otak, cakap saja tentang otak-otak, semuanya ada. Semasa menguruskan perniagaannya dengan K-Shoppe, Noormala gembira dapat bersaing dengan usahawan lain secara sihat.

FAMA membantu syarikat Normala dari segi pemasaran. Noormala juga diberi peluang mempromosikan produknya di pasaran luar negara dengan pemantauan dari semasa ke semasa.

Hasrah, 36 – ‘pelanggan beri respon positif’

Petang-petang memang seronok dapat snek pisang bukan? Eloklah anda berkenalan dengan Hasrah, pengasas Usaha Maju Dh Enterprise yang memproses snek pisang berperisa manis, masin, keju asli dan keju pedas.

Snek pisangnya memang istimewa. Selain mempunyai pelbagai perisa, rasanya lebih sedap dan rangup. Walaupun pandemik melanda, masih ramai pelanggan yang memberi respon positif dan membuat pesanan berulang kali.

Syarikatnya turut bantu mempromosikan produk usahawan lain dengan ejen sedia ada di K-Shoppe. Hasrah turut menggunakan platform dalam talian. Bantuan sticker, CUP (Change Upgrade Product) dan geran agropreneur muda daripada FAMA telah membantu syarikatnya dalam pasaran tempatan.

Hamidah, 60 – ‘dapat bertahan dengan peluang jana pendapatan’

Mana-mana peniaga pasti pernah hadapi kerugian. Syarikat Hamidahku Industry Sdn Bhd yang diasaskan oleh Hamidah pernah mengalami kebakaran dan kerugian hampir 80%. Tapi lihatlah sekarang. Produknya telah dipasarkan hampir seluruh Malaysia!

Dodol & wajik keluaran syarikatnya mempunyai ketahanan sehingga setahun. Hamidah juga mempunyai pengikut tersendiri. Dengan pilihan pelbagai perisa inovasi sendiri, syarikatnya mampu keluarkan produk dalam kapasiti tinggi. K-Shoppe ternyata membantu syarikatnya untuk bertahan dengan peluang jana pendapatan.

Semasa pandemik, Hamidah menjalankan perniagaan dalam talian dan menubuhkan laman web untuk pemasaran secara e-commerce. Syarikatnya turut menerima pesanan dari pasaraya dan menyediakan cash on delivery (COD). FAMA juga tak ketinggalan dalam memasarkan dan mempromosikan produknya.

Fikri, 26 – ‘puaskan kehendak pelanggan Norijah’s Cake House’

Peminat kek munculkan diri anda sekarang! Kenalah tahu tentang Norijah’s Cake House yang menjual kek sedap belaka ini. Ia ditubuhkan oleh Puan Norijah binti Dumoon dan suami pada tahun 1988.

Paling seronok, pelbagai jenis kek boleh didapati di sini tau. Selama menguruskan K-Shoppe, Fikri berpendapat tiada cabaran yang sulit semasa pandemik kerana penduduk setempat sudah mengenalinya.

Peranan dan inisiatif FAMA sangat membantu syarikatnya dalam pelbagai aspek. Pada Fikri, penting untuk puaskan kehendak pelanggan dengan menerima tempahan yang sesuai citarasa.

Najwa, 30 – ‘dapat pesaing yang berpotensi’

Bayangkan mula berniaga secara kecilan dari rumah oleh seorang ibu, kini telah mengambil premis kedai sebagai bakeri dan beralih kepada anak-anak untuk menguruskannya. Itulah yang hebatnya tentang Mama Nory Bakery yang patut anda tahu!

Mama Nory Bakery menghasilkan pelbagai jenis roti, kek dan biskut. Produk yang selalu menjadi pilihan pelanggan adalah kek untuk pelbagai majlis. Najwa berpuas hati dengan K-Shoppe kerana membantu perniagaannya untuk bersaing di dalam pasaran.

Walaupun musim pandemik, Najwa gembira dapat membantu sesama usahawan yang tiada tempat untuk memasarkan produk mereka dan masih dapat meneruskan perniagaan. FAMA juga memastikan usahawan tempatan tak ketinggalan mengikuti trend pemasaran yang ada.

Dahlan, 49 – ‘dapat peluang berurusan dengan usahawan lain’

Kesukaran dalam perniagaan jika dikongsi, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ada. Dahlan, pengasas Dahlan Maju Trading cukup berpuas hati dapat bertahan semasa pandemik.

Dahlan Maju Trading terkenal dengan jualan makanan dan minuman ringan. K-Shoppe telah memberi peluang untuk Dahlan berurusan dengan usahawan tempatan yang lain. Selain bertukar pendapat, kesusahan berniaga semasa pandemik dapat dikongsi bersama.

Dengan bantuan dan inisiatif oleh FAMA dalam memasarkan produk, syarikatnya dapat bertahan walaupun pandemik melanda. Usahawan lain kena ambil inspirasi ini untuk fokus dalam perniagaan tanpa mengira situasi.

Kesimpulannya, FAMA sentiasa membantu usahawan tempatan yang ada. Dengan memberikan bantuan dan inisiatif seperti K-Shoppe, perniagaan usahawan tempatan ini dapat berkembang dengan baik. Itulah yang kita mahu!

Semoga perniagaan yang dijalankan oleh usahawan-usahawan tempatan akan terus bertahan di kala pandemik melanda. Sokong orang kita, promosikan produk mereka kepada keluarga dan rakan-rakan anda!

Untuk info lebih lanjut tentang FAMA, anda boleh terus ke laman web https://www.fama.gov.my/utama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×