Baru-baru ini telah berlangsungnya perkahwinan diraja yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk di dunia. Ia merupakan perkahwinan Putera Harry (merupakan anak kepada mendiang Princess Diana bersama Putera Charles) bersama pelakon dari Amerika Syarikat iaitu Meghan Markle. Majlis tersebut berlangsung dengan gilang-gemilang dan disambut baik oleh rakyat Britain. Namun, selepas bergelar Duchess of Sussex, ini adalah antara perkara yang beliau terpaksa lupakan dan perlu ikut protokol diraja.
8 PERKARA YANG MEGHAN MARKLE ‘DILARANG’ BUAT
1. Tiada lagi swafoto
Menjadi peraturan diraja Britain, Megan tidak lagi dibenarkan untuk berswafoto sama ada bersendirian atau bersama orang lain apabila bergelar golongan diraja.
2. Tidak boleh beri autograf
Sudah pastinya ramai yang akan meminta tandatangan atau autograf dari si puteri ini yang juga merupakan pelakon dari Amerika Syarikat. Namun, selepas bergelar isteri kepada Putera Harry beliau tidak lagi boleh memberikan tandatangan kepada sebarangan orang untuk keselamatan.
3. Tidak boleh mengundi
Peraturan diraja Britain sudah menetapkan bahawa Megan Markle perlu menjadi seorang yang neutral dan menghormati smeua parti politik yang ada di sana.
4. Tidak boleh menayangkan kaki
Sudah menjadi lumrah keluarga diraja untuk memakai sarung kaki berona nude apabila berada luar dari istana. Ini juga merupakan antara peraturan yang perlu dipatuh oleh Megan selepas berkahwin.
5. Tidak boleh beradu ikut masa sendiri
Bila sudah bergelar Duchess of Sussex, waktu tidur pun menjadi milik Permaisuri Elizabeth. Media dari Britain pernah melaporkan bahawa mendiang Princess Diana pernah meminta izin dari permaisuri dahulu sebelum pergi beradu.
6. Tidak dibenarkan untuk duduk silang kaki

Foto sebelum berkahwin.
Menjadi protokol istana untuk tidak membenarkan tatacara duduk sambil silang kaki melainkan hujung kaki sahaja. Hal ini kerana, duduk sambil menyilang kaki dikatakan kurang sopan dan tidak menghormati majlis.
7. Tiada lagi dunia glamor
Terkenal dalam drama bersiri Suits, Megan Markle kini tidak lagi dibenarkan untuk terus bergiat dalam dunia seni lakonan. Malah beliau akan kebih fokus dengan urusan diraja.
8. Tidak boleh melancong bersendirian
Sudah semestinya apabila bergelar Duchess of Sussex, Megan tidak lagi dibenarkan untuk melancong seorang diri seperti dahulu. Hal ini kerana untuk memastikan keselamatan beliau dan perlu diiringi oleh pengawal keselamatan kemana sahaja.
Sumber : Thelist.com