Famili

8 Jenama Lampin Pakai Buang Yang Paling Popular! Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?

4.7K
SHARES

Bila sudah berkeluarga dan mempunyai anak, antara barang yang wajib diperlukan adalah lampin. Kalau dahulu lampin biasa yang perlu dibasuh digunakan oleh para ibu, tetapi zaman telah berubah. Sekarang, pelbagai variasi jenama lampin pakai buang yang boleh didapati di pasaran. Kadang-kadang keliru juga nak pilih yang mana. Oleh itu, kami mudahkan anda dengan menyenaraikan jenama lampin pakai buang yang menjadi pilihan ibu bapa untuk dijadikan panduan. Jom tengok apa yang menarik!

1. Drypers Wee Wee Dry

www.facebook.com/DrypersMY

www.facebook.com/DrypersMY

Siapa yang tak tahu jenama Drypers kan? Antara jenama lampin pakai buang yang selalu digunakan oleh ibu bapa. Lampin Drypers Wee Wee Dry ini terkenal dengan mempunyai serapan yang bagus dan mempunyai ‘cutting’ yang sesuai untuk anak-anak. Diperbaharui dengan teknologi terbaharu iaitu lampin lebih nipis, menjadikan ia lebih selesa untuk dipakai. Selain dari itu, Drypers Wee Wee Dry juga mempunyai corak yang menarik dan lebih menarik perhatian. Harga bermula dari RM 30.99 – RM 39.90.

2. Mamy Poko Extra Dry

http://www.lazada.com.my

http://www.lazada.com.my

Bila sebut Mamy Poko, memang sudah diakui oleh para ibu bahawa lampin pakai buang Mamy Poko adalah yang terbaik setakat ini.  Mempunyai serapan yang lebih kuat dan tahan lama iaitu selama 10 jam, ini membantu menjadikan punggung bayi lebih kering dan selesa. Rangkaian lampin Mamy Poko juga mempunyai harga yang lebih mahal dari jenama lampin pakai buang yang lain kerana kualitinya yang memang tinggi. Harga bermula dari RM 33.80 – RM 55.80.

3. Huggies Dry Pants

http://www.malaysiafreesamplegiveaway.com/

http://www.malaysiafreesamplegiveaway.com/

Huggies Dry Pants adalah sangat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar kerana ia dicipta khas untuk kanak-kanak yang aktif. Lampin pakai buang Drypers juga mudah dipakai dan mempunyai serapan yang kuat.  Apabila direka khas untuk kanak-kanak yang aktif, lampin ini tidak terlalu cepat penuh dan menjadikan pemakaian lebih selesa.  Saiz lampin boleh didapati dari saiz S hingga XXL! Harga bermula dari RM 33.90- RM 49.90.

4. Pet Pet

www.facebook.com/pg/petpetMY

www.facebook.com/pg/petpetMY

Lampin pakai buang Pet Pet adalah antara jenama yang memastikan perlindungan kebocoran pada lampin  berada pada tahap yang maksima. Selain dari itu, lampin pakai buang Pet Pet mempunyai potongan saiz yang lebih besar dari jenama lampin pakai buang yang lain dan pusat bayi juga dapat dilindungi. Jadi, anak-anak tidak akan mengadu lampin terlalu ketat ketika dipakai. Harga bermula dari RM 29.90- RM 35.90.

5. Diapex Easy

www.alibaba.com

www.alibaba.com

Serapan yang kuat dan perlindungan dari kebocoran juga adalah kriteria yang dimiliki oleh lampin pakai buang Diapex. Bungkusan lampin Diapex juga didatangkan dengan tiga saiz yang berbeza iaitu Pek Biasa, Pek Travel dan Pek Mega. Jadi, anda boleh pilih dengan mudah pek mana yang diingini mengikut bajet tersendiri. Selain itu, permukaan lampin yang selembut kapas juga antara menjadi kegemaran pengguna. Harganya dalam RM33.90- RM 35.90.

6. Baby Love Growpants

www.orami.co.th

www.orami.co.th

Lampin pakai buang jenama Growpants adalah antara jenama lampin yang mempunyai kualiti yang tinggi. Lampin ini mendapat pujian ramai dan mendapat sambutan hebat di Thailand apabila dikatakan mampu untuk terus kekal kering walaupun anak-anak kerap membuang air kecil.  Selain dari itu, lampin pakai buang Growpants juga mempunyai harga yang rendah dan mampu dimiliki oleh orang ramai.  Jenama ini masih kurang diketahui oleh orang ramai dan harganya adalah dalam sekitar RM36.90.

7. Whoopee

www.facebook.com/whoopeediapers

www.facebook.com/whoopeediapers

Lampin pakai buang jenama Whoopee adalah sangat sesuai untuk anak-anak yang berkulit sensitif. Perlindungan dari kebocoran dan mudah kering adalah kriteria yang dimiliki oleh lampin Whoopee. Selain itu, bungkusan lampin pakai buang Whoopee juga mempunyai kandungan yang banyak dalam satu bungkusan berbanding jenama yang lain. Harga bermula dari RM27.99 sahaja!

8. Pet Pet Night Tape

http://www.lazada.sg/

http://www.lazada.sg/

Bagi perlindungan maksima pada waktu malam, Pet Pet Night Tape adalah yang menjadi pilihan. Dengan ‘3D Superdry Sheet’ dan gel serapan yang lebih banyak, menjadikan lampin pakai buang ini lebih selesa dipakai. Sehelai lampin sahaja perlu dipakai dalam satu malam. Berbeza dengan lampin yang lain, Pet Pet Night Tape ini lebih menjimatkan dan ibu-ibu tidak perlu menukar lampin dengan selalu. Mudah kan? Harga bermula dari RM 33.90- RM 40.59.

Apa yang penting, pilihlah lampin pakai buang mengikut  keselesaan anak-anak kerana setiap anak mungkin memberi reaksi yang berbeza. Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×