Famili

Ini Ciri Baru & ‘Best’ Pada Drypers Wee Wee Dry & Drypers Drypantz, Ibu Bapa Muda Mesti Suka

187
SHARES

Buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa, persiapan menyambut bayi yang bakal lahir amatlah penting. Keselesaan dan keperluan si manja menjadi keutamaan. Salah satu barangan keperluan bayi yang paling penting untuk disediakan, mestilah lampin.

Ibu bapa muda akan berdepan dengan masalah memilih jenis lampin, kesesuaian kulit dan jenama yang bagus untuk anak mereka. Jika salah pilih, anak boleh kena ruam nanti. Tapi masalah itu akan selesai jika anda memilih lampin ini untuk bayi anda!

Drypers Wee Wee Dry, tampil dengan ciri unik yang memudahkan bakal ibu bapa!

Anda bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi? Wah, tahniah kami ucapkan ya!

Jika anda sedang mencari lampin untuk bayi yang baru lahir, kami cadangkan Drypers Wee Wee Dry yang terbaru ini untuk anda. Ibu bapa muda akan suka dengan ciri baru padanya, terutamanya ciri unik untuk saiz Newborn. Malah, ia memberi keselesaan terbaik untuk bayi yang baru lahir.

TummyFIT Guide™ memudahkan ibu bapa kenal saiz lampin yang sesuai

 

Drypers Wee Wee Dry dilengkapi dengan TummyFIT Guide™, indikator yang sangat berguna, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa muda. Ciri panduan ini dicetak pada zon pita pelekat. Apa yang best tentangnya?

Setelah capai ‘Next Size’, anda akan tahu sudah sampai masa untuk peningkatan saiz. Dengan ini, anda mudah kenal pasti saiz lampin itu muat atau perlu tukar saiz lain. Memang bergunalah! Dengan penggunaan saiz yang betul, ia dapat mengurangkan kebocoran lampin bayi anda.

Mempunyai Stool Lock System™ untuk memerangkap najis lembut

Mereka yang baru bergelar ibu bapa pasti risau setiap kali bayi membuang air besar. Maklumlah kulit bayi yang baru lahir harus dijaga dengan rapi. Tapi anda tidak perlu khuatir jika bayi anda memakai Drypers Wee Wee Dry.

Untuk pengetahuan anda, Drypers Wee Wee Dry Newborn dilengkapi dengan ciri Stool Lock System™. Dengan ciri ini, najis lembut dapat diperangkap dengan baik agar kulit si manja kekal bersih dan sihat.

Didatangkan dengan reka bentuk potongan Navel Care

Bagi mengelak geseran pada tali pusat bayi, Drypers Wee Wee Dry Newborn direka dengan bentuk potongan ‘U’ Navel Care di atas zon pita pelekat. Pada masa yang sama, aliran udara dapat didedahkan pada pusat bayi anda.

Haa.. Jika anak anda sudah mula aktif, sudah sampai masa untuk anda menggunakan lampin seluar ini pula.

Drypers Drypantz, selesa dipakai oleh si manja yang aktif

Kami tahu betapa gembiranya anda jika anak sudah mula aktif. Drypers Drypantz memang sesuai untuk anak anda sebab ia direka dengan Customized FIT, iaitu padanan khas untuk setiap peringkat tumbesaran bayi agar bayi boleh bebas menerokai dengan penuh keselesaan dan terlindung daripada kebocoran.

Senang pakai & buang lampin bayi dengan Easy Disposal Tape

Bakal ibu bapa akan puas hati Drypers Drypantz kerana mempunyai Easy Disposal Tape. Tugas mengurus lampin jadi lebih mudah. Hanya koyak, gulung dan lekat dengan pita pelekat yang ada pada lampin dan buang ke dalam tong sampah!

Kami teruja nak bagitahu Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz baharu mempunyai ciri-ciri istimewa yang best untuk si manja tau. Meh tengok sini.

Antara ciri istimewa pada Drypers Wee Wee Dry & Drypers Drypantz

  • Penunjuk kebasahan

Ibu bapa muda mesti tidak tahu waktu yang tepat untuk menukar lampin bukan? Dengan indikator ini, anda mudah mengetahui masa untuk menukar lampin apabila penunjuk kuning bertukar menjadi biru. Tidak perlu risau lampin bocor lagi selepas ni.

  • Pro-Skin pH Balanced Layer™

Ciri ini melindungi bayi dari kerengsaan kulit dengan menyediakan lapisan lilac yang mempunyai permukaan yang kurang berasid agar kulit halus bayi sentiasa sihat.

  • Eco Green

Drypers adalah jenama lampin bayi PERTAMA di Asia yang diperakui oleh USDA sebab lampinnya mempunyai kandungan bahan bio berasaskan tumbuhan yang boleh dibiodegradasi. Senang cerita, Drypers bukan sahaja melindungi bayi tapi mesra alam juga!

  • 6 AbsorbDRY Layers™

Ciri ini menyerap dan menyalurkan air kencing bayi dengan berkesan untuk memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sepanjang 10 jam. Bolehlah ibu bapa tidur dengan lena dan tidak risau lagi tentang kebocoran.

Pasti anda tidak sabar mahu mencuba lampin yang baharu ini dengan ciri-ciri best untuk bayi anda bukan? Dypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz sudah boleh didapati di pasaran sekarang tau. Dapatkan segera!

Buat ibu bapa muda yang akan menimang cahaya mata tidak lama lagi, kami jamin anda akan puas hati dengan Drypers Wee Wee Dry. Bagi anda yang ada anak semakin aktif pula, bolehlah menggunakan Drypers Drypantz.

Tugas menguruskan si manja jadi lebih mudah dengan kedua-dua lampin baharu Drypers Wee Wee Dry dan Drypers Drypantz. Pasti kering, melindungi daripada kerengsaan kulit dan janji serasi sentiasa! Si manja selesa, anda pun senang hati melihatnya.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh klik sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×