0-6 Bulan

7 Sebab Bayi Selalu Terjaga Pada Waktu Malam, Bukan Sebab Lapar Je Sebenarnya!

399
SHARES

Baru saja nak terlena, dengar pula tangisan anak. Terus bergegas bangun untuk memerikasa keadaan mereka dan rupa-rupanya jam menunjukkan waktu 1 pagi. Kalau setiap malam keadaan yang sama berlarutan, pening kepala juga nak melayannya. Kadang-kadang, rasanya macam dah tak ada masalah sebelum menidurkan anak tu, tapi kenapa mereka selalu terjaga juga di tengah malam? Kalau nak tahu, ini 7 sebabnya bayi anda selalu terjaga pada waktu malam.

giphy.com

KENAPA BAYI SELALU TERJAGA WAKTU MALAM

1. Bila terlalu panas atau terlalu sejuk

www.babycenter.com

Apabila cuaca terlalu panas atau sejuk, bayi akan mudah rasa tidak selesa. Oleh itu, sebelum anak tidur, pastikan anak anda tidak memakai baju tidur yang terlalu tebal atau terlalu nipis. Jika anda tidak mengasingkan tempat tidur anda dan bayi, pastikan suhu bilik juga bersesuaian dengan bayi. Jadi, tak adalah anda perlu bangun lewat malam dan anak pun tak menangis.

2. Bila bunyi bising secara tiba-tiba

http://www.yourlittleprofessor.com/

Perkara biasa yang akan berlaku yang menyebabkan bayi terjaga dari tidur adalah bunyi bising. Bunyi motorsikal, bunyi tutup pintu yang kuat, malah jika anda bercakap terlalu kuat pun akan mengejutkan bayi dari tidur. Oleh itu, selepas menidurkan anak, pastikan pintu dan tingkap bilik ditutup untuk mengelak gangguan bunyi bising dari luar.

3. Ada perubahan kepada rutin bayi

http://www.medelabreastfeedingtips.ca/

Jika anda baru pulang dari melancong, ini menjadi salah satu punca bayi selalu bangun waktu malam. Tambahan pula jika melancong ke luar negara. Bukan sahaja kita yang akan terasa perubahan masa dan cuaca, malah anak-anak kecil lagi akan terasa. Ini yang menjadikan waktu tidur mereka tidak menentu dan kebarangkalian tinggi untuk mereka terjaga pada waktu malam. Jangan risau, mungkin selepas beberapa hari, rutin tidur mereka akan kembali seperti sediakala.

4. Jika anak baru mempelajari ‘development’ baharu

www.lamchame.com

Bila anak sudah mencapai satu umur, mereka akan mula mempelajari ‘developmental’ yang baharu. Antaranya adalah apabila mereka mula belajar merangkak, meniarap atau berjalan. Pada waktu malam sebegini lah anak-anak akan mula tunjuk ‘skill’ mereka. Jadi, jangan risau. Pantau anak mengikut waktu yang selalunya anak akan terjaga supaya tidak akan berlakunya insiden seperti anak jatuh dan sebagainya.

5. Kalau anak dah terbiasa tidur dengan botol atau puting

ph.theasianparent.com

Apabila anak sudah terbiasa tidur dengan botol susu atau puting, akan tiba masanya dua benda ini akan dijauhkan dari mereka ketika waktu tidur kan? Untuk permulaan, sebelum anak-anak terbiasa dengan situasi tiada botol susu atau puting ini, memang mereka akan kerap terjaga pada waktu malam. Botol susu atau puting ini boleh juga diibaratkan sebagai peneman atau penambah keselesaan bagi tidur mereka.

6. Kalau anak dah terbiasa tidur dalam keadaan ‘berhayun’

http://baby.qiuhuamc.com/

Ada anak-anak yang suka tidur atas katil dan ada juga yang memilih untuk tidur di dalam buaian. Oleh itu, proses untuk mengubah cara anak tidur akan menganbil masa juga untuk mereka terbiasa dengan situasi. Hal ini kerana, jika anak sudah terbiasa untuk tidur dalam keadaan ‘berhayun’ di dalam buaian, agak sukar untuk mereka terbiasa tidur dalam keadaan sebaliknya. Jadi, rutin untuk terjaga pada waktu malam itu akan menjadi kebiasaan buat sementara waktu.

7. Kalau anak tidak menyusu dengan secukupnya sebelum tidur

http://alray.ps/

Anak lapar menjadi punca biasa apabila anak selalu terjaga pada waktu malam. Bukan sahaja terjaga dari tidur, menangis pun ya juga sebab perut yang lapar. Oleh itu, pastikan anak menyusu dengan secukupnya sebelum tidur dan tidur anda pun tak terganggu oleh tangisan anak kan? Diet makanan yang sihat untuk bayi juga amat digalakkan supaya perut anak tidak meragam.

# Oleh itu, sebelum anak tidur tu, pastikan anda ‘check’ betul-betul ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×