Asuh

7 Jenis Makanan Ini Akan Meningkatkan Selera Makan Si Manja Yang Tak Suka Makan!

1.3K
reads

Anak susah dan tak mahu makan adalah ibarat mimpi ngeri buat para ibu. Mana tidaknya, setiap kali nak suap, anak tak mahu makan. Macam mana nak membesar dengan sihat kalau tak mahu makan kan? Jadi, ibubapa perlu peka dengan setiap pemakanan anak dan rupa-rupanya 7 jenis makanan semulajadi ini dapat menambah selera anak-anak untuk makan setiap hari!

7 PETUA MAKANAN SEMULAJADI TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Aduhai, liatnya nak suruh anak makan. Habis semua diluek kan. Kita pun naik ‘tension’. Setiap kali disuruh makan macam nak berperang! Bukan yang baby saja, anak yang dah besar pun sama juga. Baru makan sikit dah buat muka lemah nak muntah la sakit perutla. Macam-macam alasan bagi asik nak mengelak je..Penat mak-mak ni kerah otak nak masak menu istimewa buat anak-anak sudahnya yang dijamahnya alahai tak sampai 3 suap pun…”

http://www.smiinky.com/

Mak-mak mesti risau kalau anak kurang makankan. Dah macam-macam resipi dicuba. Malah, pelbagai hiasan pun dah dihias pada makanan. Yela ingatkan dah buat cantik-cantik anak akan tertarik nak cuba makan. Tapi…… Langsung tak jalan!

KENAPA ANAK KURANG MAKAN?

adventuresfrugalmom.com

Tahu tak salah satu penyebab anak kurang makan adalah sistem penghadaman yang kurang efektif. Sebab itulah, biasanya seorang yang kurang atau tidak makan sayur-sayuran dan sering sembelit sering dikaitkan dengan kurang selera makan. Anak-anak biasanya begitu, bukan?

Menurut sebuah akhbar tempatan, perubatan Tradisional Cina pula mempercayai gangguan fungsi hati boleh menyebabkan gangguan selera dan pencernaan. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati, iaitu organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.

ailoredfitness12.wordpress.com

Bagi membantu mak-mak yang tension ni zie nak share 7 Petua Bahan Semulajadi yang boleh menambah selera makan anak

1. ANGGUR

http://www.perennia.ca/

Anggur adalah antara buah-buahan yang memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan. Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya anak lebih berminat untuk mencubanya.

2. EPAL

cedarcliffnews.com

Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif. Caranya dengan mengisar epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?

3. TOMATO

gardenambition.com

Sesetengah sayuran seperti tomato mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan. Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi. Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!

4. ‘BANANA MILKSHAKE’

recipethis.com

Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan anak. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kemudian kacau then bolehla beri anak minum. Wahh, memang menarik minat anak-anak, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!

5. SNEK MAKANAN KERING

www.purelyb.com

Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan. Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak yang kurang makan.

6. HALIA

http://www.well-beingsecrets.com/

Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman. Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam yang lebih beraroma.ermm semestinya dapat membangkitkan selera anak-anak.

7. LADA HITAM

www.spicejungle.com

Taburkan sedikit lada hitam dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’. Lada hitam dapat membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan. Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng.

Anak kurang makan tidak bermaksud anak tidak normal. Mungkin tubuh badannya sudah memenuhi keperluannya atau mungkin juga anak anda baru ber’cerai susu’ dan dalam proses mengenali makanan tersebut. Memang sukar berhadapan dengan anak sebegini. Jadi, layankan dahulu karenah anak sementara mereka belajar menyukai makanan.

giphy.com

*Yang penting mak-mak JANGAN MENGALAH. Cuba dengan KONSISTEN pasti akan nampak hasilnya. SELAMAT MENCUBA!!

Sumber: Nur Fazeela Ishak

Yang Popular

To Top