Asuh

6 Tips Supaya Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Sendiri Tanpa Mama Di Sebelah

3.6K
SHARES
6 tips bayi baru lahir tidur tanpa ibunya

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini.

Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi. Oleh yang demikian, seorang pengguna TikTok telah berkongsi cara menjaga bayi yang baru lahir tanpa ibunya berada setiap masa pada bayi supaya ibu-ibu ada masa untuk mereka sendiri walaupun sekejap.

Baca juga:Punca Bayi Alami Sindrom Flat Head & Ini 6 Bantal Yang Sesuai Untuk Mereka

6 TIPS BAYI BARU LAHIR SENDIRI TIDUR TANPA IBUNYA

Memang tidak dinafikan, peranan ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Jika anda rasa ia terlalu berat, jangan malu untuk meminta pertolongan.

Akan tetapi, anda juga boleh mencuba 6 tips yang telah dikongsi ini! Mana tahu boleh membantu anda. Antara tipsnya adalah:

1. Susukan bayi sehingga kenyang

2. Sendawakan bayi selepas menyusu

3. Bedung bayi ketat di bahagian tangan. Di bahagian kaki pula, tidak perlu ketatkan sangat.

4. Tinggikan sikit bahagian kepala supaya bayi tidak muntah atau muak susu apabila ibunya terpaksa jauh atau tidak dapat tengok bayi.

5. Letakkan baju ibu yang sudah dipakai dan belum dibasuh supaya bayi dapat rasa yang ibunya ada dekat dengan dia.

6. Kena pastikan bayi selesa. Tengok suhu bilik, pakaian, pampers bersih dan lain-lain ikut keselesaan bayi.

Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba kepada ibu-ibu di luar sana!

Video penuh:

@syariniey

#tipsnewborn #tipsnewmom #tidurkanbaby

♬ Baby song – BeautySound

Sumber: TikTok @syariniey

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×