Tech

6 Sebab Orang Serbu Thunder Match Technology! No 3 Tu Tak Sangka Langsung

227
SHARES

Bagi peminat gadget dekat luar sana, yang telefon rosak ke? Yang nak beli hadiah untuk mak ayah ke? Yang saja-saja nak survey gadget terbaru… Anda WAJIB untuk singgah ke jualan Thunder Match Technology yang bakal diadakan bermula dari 23 hingga 26 November ini. Jualan yang bakal berlangsung di Ground Floor Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya menawarkan pelbagai gadget dengan harga diskaun gila-gila!

BESAR & MERIAH! JUALAN GADGET TERBESAR DI MALAYSIA!

Sebenarnya, Thunder Match Technology adalah jualan gadget terbesar di Malaysia. Bukan sahaja besar, malahan ianya turut mendapat kunjungan dan menjadi pilihan utama peminat gadget di negara kita. Tambahan pula, kali ini ada pelbagai gadget yang ditawarkan dengan harga istimewa tau! Jadi memang rugi sangat kalau tak singgah dan lihat sendiri gadget yang mereka tawarkan.

BANYAK PILIHAN! RAMBANG MATA! RUGI TAK SINGGAH!

Kalau nak tahu, macam-macam anda boleh dapat dekat sini. Cakap je nak apa… Semua ada! Komputer riba, tablet, telefon pintar, papan kekunci, printer dan macam-macam lagi anda boleh dapatkan dekat sini. Jangan rambang mata sudah! Yang penting make sure ada bajet ye. Bukan apa takut nanti terlebih shopping la pulak.

DAHSYAT! DISKAUN SEHINGGA 90%! JANGAN TERLEPAS OIT!

Ha! Inilah yang paling best pasal jualan Thunder Match Technology kali ini. Diskaun dia meletup-letup! Harga Runtuh! Rugi sangat la kalau anda tak singgah dan lihat sendiri promosi yang mereka tawarkan. Hampir semua barangan ada promosi dan diskaun! Bestkan? Rugi sangat kalau tak ambil kesempatan macam ni.

Nak beli untuk adik, kakk, mak, ayah pun boleh. lebih banyak anda belanja kan makin banyak penjimatan sebab diskaun yang anda nikmati juga semakin tinggi. Bukan senang tau nak dapat promosi yang macam ni. Hanya di Thunder Match Technology di Jaya Mall sahaja anda dapat nikmati semua ini.

ASYIK FOOD BUFFET JE! APA KATA JOIN BUFFET GADGET PULAK!

Inilah yang menarik sangat tentang jualan Thunder Match Technology kali ini. Bayangkanlah dengan hanya RM29 sahaja anda boleh grab seberapa banyak gadget yang disediakan seperti headset, screen protector, casing telefon dan macam-macam lagi. Siap ada power bank! Tapi cuma untuk 60 saat tau! Jadi kena la datang dan rasai sendiri macam mana bestnya join buffet gadget.

TERHAD! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Barangan terhad tau! Kalau lambat memang habislah. Macam biasa, siapa cepat dia dapat! Jadi anda kena make sure tepat jam 10 pagi tu anda memang dah ada dekat Ground Floor Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya dan grab gadget serta aksesori gadget dan komputer anda. Baru la tak menyesal nanti! Jangan risau, semua gadget   yang dijual adalah original sebab Thunder Match Technology adalah antara sales brand yang sangat dipercayai.

MENANG BAUCER TUNAI! MACAM MANA TU?

Jangan tak tahu pulak, dengan hanya  singgah ke jualan Thunder Match Technology anda berpeluang menang baucer tunai bernilai sehingga RM 8888. Bagaimana caranya? Mudah je! Hanya datang dan beli gadget idaman anda kemudian, scan QR code dan dengan serta-merta baucer tunai tersebut menjadi milik anda.

Jadi apa lagi yang anda semua tunggu. Jom pakat-pakat kita singgah ke jualan Thunder Match Technology di Ground Floor Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya, pada 23 hingga 26 November ini. Bagi peminat-peminat gadget diluar sana inilah peluang dan masanya! Dapatkan gadget idaman anda sekarang juga.

 http://www.thundermatch.com.my/

 https://www.facebook.com/ThunderMatch/?fref=ts

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×