40 Minggu

6 Perangai ‘Pelik’ Ibu Mengandung Yang Suami Kena Layan Dengan Sabar

295
SHARES

“Rasa malas la nak mandi sejak-sejak mengandung, apa la pelik pula tabiat aku ni…”

Kata orang apabila wanita sedang hamil, banyak perangai pelik yang akan muncul, betul ke? Hal ini kerana terjadinya perubahan dari segi fizikal, mental dan hormon yang menyebabkan timbulnya perangai sedemikian. Jadi, buat para suami anda perlu lebih ‘cekal’ untuk melayan 6 kerenah pelik si isteri ketika mengandung.

1. TAK SUKA MASUK DAPUR

Kalau sebelum ini suka masak tetapi ketika mengandung rasa tak suka masuk dapur pula. Ini adalah kebiasaan bagi ibu mengandung. Bukannya apa, bila tengah sarat mengandung tu kaki pun dah makin sakit dan kurang tenaga untuk memasak bagai. Jadi, si suami pun kena faham dengan keadaan isteri ya!

2. MALAS BERDANDAN

Malas berdandan adalah situasi normal dalam kalangan wanita mengandung. Tambah pula menurut orang tua katanya kalau mengandungkan anak lelaki lagi si ibu malas nak berdandan. Bila dah mengandung ni nak padankan warna tudung, nak matchy matchy pun dah malas dah.

3. TAK SUKA BUNYI BISING

Memang perangai ketika pembawakan bayi agak berlainan dengan zaman bujang dahulu. Kalau ketika bujang suka berjalan pusing shopping mall, ketika mengandung ni kalau boleh nak duduk di rumah sahaja. Bukan itu sahaja, dengar bunyi Whatsapp masuk pun malas nak layan.

4. KADANG-KADANG TAK SUKA BERKEPIT

Ada juga dalam kalangan ibu mengandung yang sebenarnya tak gemar berkepit dengan suami dan ada yang makin manja jadinya kan? Hal ini kerana mungkin si ibu ingin meluangkan masa secara sendiri dan sedang mengambil masa membiasakan diri dengan situasi pembawakan budak.

5. TAK SUKA WANGIAN

Ini antara situasi yang paling ramai ibu hamil alami betul tak? Kalau si suami sembur minyak wangi pasti anda akan mengatakan bahawa minyak wangi tersebut sangat busuk. Sebaliknya, ibu hamil lebih menggemari bau seperti bau minyak petrol, cat dan bau kertas.

6. MALAS NAK MANDI

Adakah anda berada dalam kategori ini? Mungkin tidak semua tetapi ibu yang sedang hamil ini bila dah datang ‘mood’ malas, sampai pukul 1 petang pun masih belum mandi. Mungkin kerana pergerakan yang agak terhad dan lambat, sebab itulah rasa malas nak mandi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×